PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

Seminar Setiausaha Pejabat dan Pembantu Setiausaha Pejabat Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025 | 8 Julai 2025 | Pulse Grande Hotel, Putrajaya
 
Telah berlangsung Seminar Setiausaha Pejabat dan Pembantu Setiausaha Pejabat bagi Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025 yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Pasca Bencana NADMA.
 
Seminar ini diadakan khusus kepada 15 orang Setiausaha Pejabat dan Pembantu Setiausaha Pejabat dengan objektif untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, kecekapan dalam pengurusan pejabat serta memperkukuh penampilan profesional dalam kalangan peserta. NADMA telah menjemput Puan Siti Mizalwa binti Idris daripada Wawa Idris School of Excellence (WISE), sebuah organisasi perunding imej dan personaliti sebagai penceramah jemputan bagi mengendalikan sesi interaktif bersama para peserta.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada peserta yang telah meluangkan masa untuk menghadiri seminar ini. Semoga penganjuran seminar ini memberi manfaat serta memperkukuh lagi kefahaman dan tahap profesionalisme dalam pelaksanaan tugasan harian.
Previous Next

Sesi Lawatan Kerja dan Taklimat kepada Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), MyCEDM dan SMART | 7 Julai 2025
 
Telah berlangsung satu sesi lawatan dari pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang disertai oleh 6 orang wakil dan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Samsiah binti Mohd Jais, Pensyarah Kanan, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI.
 
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mempelajari dengan lebih mendalam peranan, bidang tugas dan lain-lain perkara berkenaan NADMA dalam menangani bencana di dalam dan luar negara, khususnya peranan NDCC, MyCEDM & SMART.
 
Taklimat berkenaan pengoperasian NDCC telah disampaikan oleh Encik Mohd Firdaus bin Jahaya, Penolong Pengarah Kanan NDCC manakala taklimat berkaitan pengoperasian Pasukan SMART telah disampaikan oleh Insp Muhamad Zul Khairi bin Idris. Selain itu, sesi taklimat berkenaan MyCEDM pula disampaikan oleh Encik Wan Muhammad Rumaizi bin Wan Hussin, Ketua Penolong Pengarah Kanan MyCEDM.
Previous Next

 

Majlis Pelancaran dan Perasmian State Disaster Command Centre (SDCC) Sabah | 2 Julai 2025 | Kota Kinabalu
 
Telah berlangsung Majlis Pelancaran dan Perasmian State Disaster Command Centre (SDCC) Sabah yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
 
Dengan pelancaran ini, secara rasminya SDCC ini akan beroperasi sebagai Pusat Kawalan Bencana Negeri yang akan memantau kejadian-kejadian bencana di seluruh Negeri Sabah seterusnya melaporkan kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) melalui sistem DGIM. Ini bagi memudahkan dan mempercepatkan tindakbalas responder dan koordinasi bantuan dapat diselaraskan diperingkat negeri dan nasional.
 
Turut diadakan pada majlis ini iaitu simbolik penyerahan SDCC oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA kepada YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

 

Previous Next

Kunjungan Hormat Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS) serta Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur (STI) atas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor | 2 Julai 2025
 
Telah berlangsung sesi kunjungan hormat yang diadakan di Bangunan Dato’ Jaafar Iskandar Puteri, Johor. Sesi ini diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa isu berkaitan pengurusan bencana dan penambahbaikan pengurusan bencana di negeri Johor. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Abdul Raof bin Zahari, Timbalan Pengarah SPKS dan Encik Muhammad Zulkeflee bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah STI.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search