Penyerahan Sumbangan daripada Kerajaan Republik Rakyat China dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka
- Admin UKK
- Berita
15 Mei 2020, Penyerahan Sumbangan daripada Kerajaan Republik Rakyat China dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka kepada YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) bertempat Agensi Pengurusan Bencana Negara
Pagi ini, 15 Mei 2020, YB Datuk Seri Redzuan Md Yusof, Menteri di JPM (Tugas-Tugas Khas) mengetuai perbincangan bersama beberapa Agensi-Agensi mengenai Persediaan Menghadapi Musim Kering.
Monsun Barat Daya (MBD) dijangka bermula pada 18 Mei 2020 dan akan berterusan sehingga pertengahan September 2020. Sepanjang tempoh MBD, kejadian ribut petir dan hujan lebat dijangka berkurangan dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan.
Keadaan ini berpotensi menyebabkan cuaca yang agak kering serta menyebabkan kebakaran hutan dan jerebu di sesetengah tempat.
LAWATAN KERJA YB DATUK SERI MOHD REDZUAN MD YUSOF MENTERI DI JPM (TUGAS-TUGAS KHAS) ke SMART di Pulau Meranti
- Admin UKK
- Berita
5 Mei 2020 - Petang tadi NADMA Malaysia telah menyambut kunjungan YB Datuk Seri Mohd Redzuan b Md Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) ke Markas SMART di Pulau Meranti, Cyberjaya.
Selain taklimat berkaitan Pasukan SMART, YB Menteri turut dibawa melawat Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) untuk melihat pemantauan yang dilakukan sepanjang operasi COVID-19.
Terima kasih Rapid KL atas usaha dan perkongsian gambaran usaha-usaha rakyat Malaysia membiasakan diri dengan “normal baharu”.
Kekal Positif Kekal Jarak Sosial Kekal Sihat.
STESEN KUARANTIN YANG DIWARTAKAN
- Admin UKK
- Berita
Untuk makluman, bukan semua yang dikuarantin ditempatkan di hotel. Banyak premis-premis lain yang telah diwartakan sebagai stesen kuarantin digunakan antaranya institut-institut latihan awam.
Kebajikan semua Person Under Surveillance (PUS) walau dimana mereka ditempatkan sentiasa menjadi keutamaan kami. Terima kasih juga kepada syarikat-syarikat yang banyak menyumbang dalam usaha-usaha memudahkan banyak urusan rakyat dan Negara dalam memerangi COVID-19.