KOTA BHARU: Kerajaan negeri menambah bilangan pusat pemindahan banjir sementara (PPS) sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir besar pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Kelantan, Rohani Ibrahim berkata, semalam semua agensi yang terbabit seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sudah dipanggil untuk diberikan sesi taklimat sebagai persediaan banjir.
Katanya, pada bulan Ogos lalu, pihaknya juga sudah mengadakan latihan persiapan dengan semua agensi yang terbabit termasuk badan bukan kerajaan (NGO).
“Kelantan sentiasa mengambil langkah untuk bersedia bagi situasi terburuk dalam membuat persiapan menghadapi bencana banjir.
“Tambahan pula, tahun ini tular jangkaan banjir besar berlaku berdasarkan ramalan orang-orang lama iaitu setiap 10 tahun sekali.
“Bagi menghadapi sebarang kemungkinan atau ke arah situasi terburuk, kita sudah melakukan persiapan lebih awal, ”katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan MABNA, Kompleks Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September ini dan berterusan sehingga November depan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, permulaan fasa berkenaan menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 17 Mei 2024.
“Situasi ini boleh menggalakkan kejadian ribut petir yang membawa hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa yang singkat di kebanyakan kawasan barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.
“Keadaan cuaca sebegini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya.
ALOR STAR: The number of flood evacuees in Kedah has decreased following an improvement in the situation in the Pokok Sena district.
According to the Kedah Disaster Management Committee Secretariat, the number of evacuees still seeking shelter at 11 relief centres in the state has dropped to 732 people from 227 families after 178 people were allowed to return home.
Pokok Sena is the only district where evacuees have been allowed to return home, with the number reduced to 137 from 39 families in three flood evacuation centres, compared to 315 evacuees earlier.
The situation however remains unchanged in Baling, with 319 evacuees from 102 families still seeking shelter at five temporary relief centres.
Similarly, Kota Setar continues to house 276 evacuees from 86 families in three flood evacuation centres.
Meanwhile, the Public Infobanjir website shows that no rivers in Kedah have breached danger levels this morning.
Hujan lebat melanda ibu negara semalam, menyebabkan tanah runtuh di kawasan Taman Bunga Raya di Jalan Genting Klang-kem Wardieburn, di sini.
Kejadian berlaku pada jam 5.43 petang itu menyebabkan sebuah rumah di taman terbabit terjejas, dengan penghuni di beberapa kediaman sekitar turut diarah mengosongkan rumah masing-masing.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, berkata enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan mengenai kejadian membabitkan kawasan lereng bukit itu.
“Maklumat diterima daripada pihak polis memaklumkan penghuni rumah berhampiran sudah diarahkan keluar berikutan masih terdapat pergerakan tanah,” katanya melalui kenyataan.
Pihak bomba memaklumkan
operasi pemantauan masih diteruskan anggota di lokasi dan setakat ini hanya sebuah rumah terbabit, namun terdapat rumah lain berdekatan dengannya.
Beberapa kawasan lain di sekitar ibu negara turut dilanda banjir kilat susulan peningkatan paras air Sungai Klang.
Ramalan ribut petir
Sementara itu, hujan lebat berserta ribut petir diramalkan
membadai negeri di utara Semenanjung hingga awal minggu depan, terutama pada sebelah petang dan awal malam.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) dalam satu kenyataan, semalam, keadaan cuaca itu dijangka melanda Perlis dan Kedah.
Mengenai air pasang besar yang dijangka berlaku hingga Sabtu ini pula, Metmalaysia memaklumkan fenomena air
pasang besar berlaku beberapa kali dalam setahun dengan magnitud berbeza.
“Sekiranya hujan lebat bersekali dengan air pasang besar, maka terdapat kemungkinan banjir akan berlaku,” katanya.
Jadual air pasang harian boleh dirujuk melalui laman sesawang Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di https:// www.jupem.gov.my/peta-laman/ staps.
KUALA LUMPUR: Sebahagian besar kenderaan yang diparkir di tempat letak kereta di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, petang tadi, ditenggelami air sedalam hampir setengah meter akibat hujan lebat.
Berdasarkan gambar yang tular melalui media sosial, kira-kira 50 kenderaan yang diletakkan berdekatan Sungai Gombak, terjejas.
Kawasan sekitar sesak dengan kenderaan susulan ketika ini berlangsung Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 menimbulkan suasana panik seketika, namun ia dapat dikawal dengan bantuan pelbagai pihak termasuk pihak pengurusan WTC untuk mengeluarkan kenderaan yang terbabit.
Banjir kilat sejak jam 3 petang itu mengakibatkan limpahan air Sungai Gombak naik hingga membanjiri WTC dan sebuah hotel berhampiran.
Tidak jauh dari lokasi sama, kejadian banjir turut menjejaskan puluhan kenderaan yang diletakkan di bekas tapak Hentian Bas Putra, yang kini dijadikan tempat letak kereta awam.
Banjir berlaku dipercayai akibat air yang bertakung serta limpahan dari saluran air berhampiran.
Sehingga jam 6.45 petang tadi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Hujan mula reda dan banjir mula surut kira-kira jam 6.45 petang tadi.
Kuala Lumpur: Tujuh lokasi sekitar ibu negara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak petang.
Berdasarkan laporan Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Kuala Lumpur (KLCCC), lokasi terbabit adalah Segambut Bypass, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Pahang, Jalan Genting-Klang dan Jalan Dutamas.
"Turut mengalami banjir kilat adalah Jalan Kepong dan Jalan Kuching," katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, turut tular gambar beberapa kenderaan diparkir berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, ditenggelami air akibat hujan lebat, selain beberapa jalan utama di ibu negara sesak.