PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Insiden Putra Heights: CBP tawar bantuan kepada pelanggan terjejas

KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) mengambil inisiatif membantu pelanggan yang terjejas dalam insiden letupan gas di Putra Heights, Selangor baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar, berkata CBP menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat sewaktu masyarakat masih meraikan Aidilfitri.

Sehubungan dengan itu serta atas prinsip keprihatinan terhadap pelanggan, CBP katanya komited untuk memberi sokongan dan bantuan kepada pelanggan yang terjejas akibat insiden itu.

"Oleh itu, kepada pelanggan-pelanggan yang terjejas di dalam insiden tersebut dan memerlukan bantuan, mereka boleh menghubungi talian khidmat pelanggan CBP di 1-300-88-7650 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

 
Beliau menambah, CBP akan sentiasa mencuba untuk membantu pelanggan yang terjejas dalam sebarang bentuk bencana dengan menawarkan bantuan-bantuan bersesuaian dengan keperluan mereka.
 
 
 

25 mangsa insiden Putra Heights terima bantuan SUV, wang petrol RM100

SUBANG JAYA: Seramai 25 mangsa insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, di sini, Selasa lalu, menerima bantuan kenderaan sementara, hari ini.

Kesemua mereka memperoleh bantuan kenderaan utiliti sukan (SUV) sumbangan pihak swasta serta wang petrol bernilai RM100.

Sesi penyerahan bantuan itu disaksikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, serta EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri, Ng Sze Han, di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights.

Bercakap pada sidang media kemudian yang turut dihadiri Menteri Digital, Gobind Singh Deo, Amirudin memaklumkan baki bantuan 25 lagi kenderaan sementara yang dipersetujui bersama syarikat terbabit sebelum ini, akan diserahkan kepada kumpulan kedua mangsa, seawal-awalnya Isnin ini.

Beliau berkata, keseluruhan kenderaan berkenaan akan digunakan mangsa secara percuma untuk tempoh selama sebulan.

"Saya berterima kasih kepada syarikat yang sudah menunaikan janjinya. Malah, mereka juga memberikan duit petrol bernilai RM100 kepada peminjam kereta terbabit.

"Syarikat sama turut menyumbangkan RM50,000 kepada pengurusan Masjid Putra Heights bagi menampung kos utiliti sepanjang premis ini dijadikan PPS," katanya.

Setakat ini, Amirudin berkata, pihaknya menerima 112 permohonan daripada mangsa insiden terbabit yang memerlukan bantuan kenderaan sementara.

Beliau turut memaklumkan hingga kini, pihaknya telah menerima tawaran lebih 200 kenderaan sementara yang bersedia untuk dipinjamkan kepada mangsa, daripada pelbagai entiti korporat.

"Kita menerima komitmen membabitkan 50 kenderaan daripada Carsome, Carro (30), GoCar (20), dan DRB-Hicom (62)," katanya.

 

Kebakaran paip gas: Mangsa PPS meningkat kepada 379 orang

SUBANG JAYA – Jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights terus meningkat pada hari ini iaitu 379 mangsa daripada 97 keluarga berbanding 374 mangsa daripada 95 keluarga tengah malam tadi.

Berdasarkan jumlah yang dipaparkan di PPS berkenaan setakat pukul 8 pagi ini melibatkan 133 mangsa lelaki dewasa, wanita dewasa (137), kanak-kanak lelaki (62) dan kanak-kanak perempuan (51).

Manakala bagi bayi lelaki seramai empat mangsa, bayi perempuan (dua), warga emas lelaki (19) dan warga emas wanita (18).
 
Orang kelaninan upaya lelaki melibatkan 14 individu manakala perempuan empat mangsa. – KOSMO! ONLINE

Fireman concerned over rubbish fire near gas pipeline in Seremban

SEREMBAN: Just days after the massive Petronas gas pipeline explosion in Putra Heights, Selangor, irresponsible people allegedly set fire to rubbish in a high-risk area near what authorities believe is a gas pipeline beneath the ground at Taman Bukit Sendayan.

The burning of the waste occurred on Thursday, Sinar Harian reported.

The fire covered an area of approximately 200 square feet, about the size of a small room or car park space.

Seremban 2 Fire and Rescue Department senior fire officer I Mohd Nizam Yom said the department received information about the fire incident at 8.30am.

"As soon as we arrived, we found that there was a debris fire covering an area of about 200 square feet.

 

"We took approximately 15 minutes to control the fire from spreading, and the operation was fully completed at 10.14am," he said.

Nizam said the site was an illegal burning area, consisting of old furniture, boxes, and plastic items.

What was concerning was the presence of a warning sign indicating a gas pipeline route near the burning area, he said.

"I can't confirm if the fire was directly along the gas pipeline route, but there is definitely a warning sign in the area," Nizam said.

More than a hundred people sought medical treatment in hospitals on Tuesday following the Petronas gas pipeline explosion in Putra Heights.

The towering inferno which happened on the outskirts of Kuala Lumpur, was visible for kilometres and lasted for several hours, forcing hundreds of residents to evacuate.

The incident occurred on the second day of Hari Raya, shocking the local community during the festive holiday period.

 

Selangor tawar lebih 100 rumah sementara kepada mangsa kes letupan paip gas

SUBANG JAYA: Lebih 100 rumah sementara bakal ditawarkan kepada mangsa insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata tawaran itu dibuat menerusi skim SMART Sewa Selangor dengan sebahagian kadar sewaan akan ditanggung kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri ketika ini masih mengenal pasti lokasi kediaman sementara berkenaan, selain mangsa dijangka memasuki rumah itu mulai minggu depan.

"Rumah sementara ini akan disediakan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), selain turut mendapat kerjasama daripada pihak Airbnb.

"Sebahagian mangsa akan ditempatkan di Kota Warisan, Sepang, manakala bakinya bakal mendiami rumah di beberapa kawasan yang akan dikenal pasti kemudian.

"Kita cuba menyediakan rumah sementara di kawasan berhampiran, namun ia bergantung kepada ketersediaan dan jumlah unit rizab dalam pegangan kerajaan negeri," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri, Ng Sze Han.

BH Selasa lalu melaporkan kebakaran besar paip gas berlaku di Putra Heights, Selangor pada hari kedua Aidilfitri, menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa sebahagian penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Kebakaran saluran paip gas PETRONAS sepanjang 500 meter (m) yang bermula kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan api menjulang tinggi sehingga dapat dilihat beberapa kilometer jauhnya.

Rentetan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penandaan terhadap struktur rumah terjejas bagi mengenal pasti tahap keselamatannya, sebelum pasukan penyiasat memulakan tindakan lanjut.

Sementara itu, Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, lebih ramai mangsa dijangka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, hari ini.

 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua berkata, kumpulan kedua yang akan dibenar pulang itu membabitkan baki daripada 115 rumah yang dikenal pasti selamat untuk diduduki semula.

"Kumpulan kedua mangsa ini akan dibenarkan pulang ke kediaman mereka hari ini, selepas pihak berkuasa teknikal mengesahkan kediaman mereka selamat diduduki semula.

"Mereka hanya akan dibenarkan pulang selepas pihak berkuasa membuat sambungan semula perkhidmatan utiliti di lokasi ditetapkan," katanya.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search