PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Sekurang-kurangnya 10 maut, lapan masih hilang banjir di Vietnam

Sekurang-kurangnya 10 maut, lapan masih hilang banjir di Vietnam

HOI AN: Sekurang-kurangnya 10 orang maut akibat banjir yang melanda Vietnam minggu ini.

Paras air di sungai utama berhampiran kawasan pelancongan terkenal dilapor meningkat ke tahap tertinggi dalam tempoh 60 tahun.

Wilayah pantai Vietnam, yang menempatkan tapak warisan dunia UNESCO iaitu bandar purba Hoi An, dilanda hujan lebat sejak hujung minggu, dengan rekod tinggi sehingga 1.7 meter dalam tempoh 24 jam.

Menurut Kementerian Alam Sekitar, sekurang-kurangnya 10 maut, manakala lapan yang lain masih hilang.

Jalan raya turut mengalami kerosakan dan tanah runtuh, dengan lebih 5,000 hektar tanaman musnah dan lebih 16,000 lembu mati.

 

Lebih 128,000 kediaman di lima wilayah tengah turut ditenggelami air dengan sesetengah kawasan merekodkan paras air setinggi tiga meter.

Sementara itu, biro cuaca Vietnam memaklumkan, paras air di stesen pengukur sungai Thu Bon melepasi paras tertinggi dalam sejarah pada 1964, iaitu peningkatan empat sentimeter kepada 5.62 meter, semalam.

Biro cuaca meramalkan paras air mula surut secara perlahan di bandar Danang dan Hue tetapi akan kekal pada paras 'membimbangkan' hari ini.

Bencana alam, kebanyakannya ribut, banjir dan tanah runtuh, menyebabkan 187 orang maut atau hilang di Vietnam dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.

Jumlah kerugian ekonomi dianggarkan lebih daripada AS$610 juta (RM2.5 bilion) menurut angka kerajaan.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search