PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kebakaran hutan: Hutan simpan Bukit Cherakah tak terjejas

Kebakaran hutan: Hutan simpan Bukit Cherakah tak terjejas

SHAH ALAM: Hutan Simpan Kekal Bukit Cherakah (HSKBC) disahkan tidak terjejas susulan kejadian kebakaran hutan di Jalan Pulau Angsa yang merebak seluas kira-kira 2.4 hektar di sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor, Azhar Ahmad berkata, hasil semakan Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah mendapati lokasi kebakaran berada sekurang-kurangnya satu kilometer (km) dari sempadan HSKBC.

“Lokasi kebakaran adalah di luar kawasan Hutan Simpanan Kekal dengan jarak kira-kira satu kilometer dari HSKBC dan kira-kira 2.4 km dari Hutan Simpan Bukit Cherakah Tambahan.

“Bagaimanapun, punca kebakaran masih belum dapat dikenal pasti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kawasan yang terbakar merupakan tanah persendirian yang masih berhutan dan belum dibangunkan.

“Kejadian kebakaran yang berlaku semalam (kelmarin) berada di luar kawasan hutan simpan dan dipercayai di tanah milik persendirian. Ia bukan di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Selangor,” katanya.

Kelmarin, akhbar melaporkan kebakaran melibatkan kawasan berhampiran Hutan Simpan Bukit Cherakah.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, empat jentera termasuk sebuah tangki air dari Balai Bomba Bukit Jelutong bersama bantuan BBP Kapar dan Sungai Buloh dikerahkan ke lokasi.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 6.05 petang dengan 80 peratus api dipadamkan. – UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search