SHAH ALAM, July 10 — The Malaysian Fire and Rescue Department has deployed 667 assets nationwide in preparation for the potential impact of the Super El Nino phenomenon, which is expected to affect Malaysia from early next year.
Its director-general, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad said all state directors have been instructed to strategically position assets in high-risk areas, particularly in the northern states of Peninsular Malaysia and Sabah’s east coast.
“The department has made the necessary preparations, and I have personally met with zone chiefs across the country to review their early preparations before we begin facing the impact of Super El Niño from January to April next year.
“So far, there has been no impact because Super El Niño will occur in the Pacific Ocean. If forecasts for November and December are accurate, its effects will reach Malaysia in January, when northern areas such as Perlis and Kedah typically become dry, causing paddy straw and scrubland to become highly susceptible to fires,” he said at a press conference after the 2026 Governance, Integrity and Anti-Corruption Dialogue (BiGIAR) Programme at the Dahlia Auditorium, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Mosque, here today.
Northern states such as Perlis and Kedah are expected to experience drier conditions, increasing the risk of paddy straw and bush fires, while Sabah’s east coast is forecast to see a significant decline in rainfall between March and April next year, he added.
To prepare for the situation, Nor Hisham said the department plans to deploy water tanker vehicles to 183 critical locations, optimise the use of more than 600 portable pumps, and strengthen its aerial logistics with 10 helicopters, which are expected to be operational by December.
He added that they were also strengthening cooperation with the Department of Irrigation and Drainage (DID), the Malaysian Armed Forces and the Forestry Department to accelerate firefighting operations and enhance enforcement against open burning.
“If there are water supply disruptions or low water pressure, the Fire Department Control Centre will supply water to critical areas and deploy fire engines from other zones in advance without waiting for the situation to worsen,” he said.
In a separate development, Nor Hisham said the department recorded a 25 per cent reduction in disciplinary cases during the first six months of this year, attributed to the implementation of integrity awareness programmes and continuous inspections at 336 fire stations nationwide.
He said that as of June this year, only 15 disciplinary cases had been brought before the Disciplinary Board, compared with 36 cases for the whole of 2025, 43 cases in 2024, and 41 cases in 2023.
According to him, complaints received fell into eight categories - absenteeism, drug abuse, insubordination, violent crimes, bankruptcy, dishonesty, syariah-related offences, and “mule account” cases, which are currently being investigated in collaboration with the police.
“Of the 15 cases, seven personnel received warnings, three had their salary increments deferred, three were dismissed from service, and two had their emoluments forfeited. Every case is carefully reviewed to ensure disciplinary action is taken fairly and based on strong evidence,” he said.
He added that the decline was also driven by intervention measures through special teams deployed to selected fire stations to assess management practices, workforce organisation, and financial administration, thereby reducing the trend of complaints among department personnel. — Bernama
Emosi penduduk Putra Heights terjejas
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA: Penantian berlarutan terhadap pembentangan laporan akhir siasatan insiden letupan paip gas di Putra Heights tahun lalu bukan sahaja menguji kesabaran penduduk Kampung Kuala Sungai Baru, malah meninggalkan kesan emosi mendalam.
Setiausaha Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru, Mohd. Badly Nordin berkata, tempoh menunggu terlalu lama menyebabkan penduduk kini hanya mampu pasrah dan reda.
Menurutnya, penduduk juga risau isu keselamatan.
“Penantian yang terlalu lama ini menyebabkan kami sudah tidak tahu apa lagi yang mahu diharapkan, malah majoriti penduduk kini hanya mampu pasrah dan reda dengan keadaan semasa.
“Harapan kami sekarang hanya mahu melihat kerajaan lebih jujur dan telus mempercepat pembentangan laporan ini.
“Tolong jangan biarkan nasib kami terus tergantung tanpa kesudahan kerana ini melibatkan soal keselamatan dan ketenteraman jangka panjang komuniti kami,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Katanya, laporan siasatan yang dikendalikan oleh jawatankuasa bebas itu telah siap sepenuhnya sejak Januari lalu kemudiannya dibentangkan kepada Petronas sebelum dikemukakan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada April.
Bagaimanapun, selepas laporan itu bertukar-tukar tangan selama berbulan-bulan, penantian penduduk kembali tergantung apabila laporan itu didakwa terpaksa dihantar semula kepada agensi Kerajaan Persekutuan untuk semakan lanjut.
Mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor sebelum ini yang menyatakan pendedahan laporan belum dapat dimuktamadkan akibat tuntutan penduduk, dia menegaskan isu itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melengahkan masa.
“Sebahagian besar penduduk kampung mengambil keputusan untuk menolak tawaran pampasan awal daripada Petronas disebabkan wujudnya syarat ketat yang menyekat hak mereka untuk mengambil tindakan undang-undang pada masa hadapan.
“Oleh itu, menerusi Pertubuhan Kebajikan Penduduk, kami kini dalam fasa akhir menyiapkan dokumentasi bersama peguam untuk menuntut ganti rugi penuh yang sepadan dengan jumlah nilai kerugian harta benda yang kami alami,” katanya.-UTUSAN
SIBU, 11 Julai: Kerajaan Sarawak mendapatkan pandangan pakar antarabangsa dengan menjadikan Amsterdam, sebagai rujukan dalam merangka pembangunan semula Sibu, terutama dalam menangani isu pengurusan air dan banjir.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Amsterdam dipilih sebagai rujukan kerana mempunyai cabaran geografi berkaitan air yang hampir sama dengan Sibu, walaupun kedua-duanya berdepan persekitaran berbeza iaitu laut dan sungai.
Beliau berkata, pengalaman Belanda dalam mengurus sistem air dan perancangan bandar akan dikaji bagi membantu Sarawak membangunkan Sibu secara lebih mampan serta bersedia menghadapi kesan perubahan iklim.
“Jika dibandingkan antara Amsterdam dan Sibu, walaupun kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan geografi iaitu Amsterdam berhadapan dengan laut manakala Sibu berkembang berasaskan sistem sungai, kedua-dua kawasan mempunyai persamaan dari segi keperluan pengurusan air dan risiko banjir.
Oleh itu, pendekatan pembangunan semula Sibu perlu mengambil kira penyelesaian bersepadu, termasuk sistem saliran, pengurusan sungai serta pembinaan saluran air yang lebih sistematik. Sebagai contoh, kawasan seperti Bukit Assek kini menghadapi cabaran kepadatan pembangunan yang tinggi serta isu keselesaan penduduk, selain masalah air bertakung dan kejadian banjir yang perlu ditangani secara menyeluruh,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Sarawakku Sayang Bahagian Sibu, di sini hari ini.
Tambah Abang Johari, pelan pembangunan semula Sibu itu dijangka mengambil masa antara 15 hingga 20 tahun, merangkumi penambahbaikan sistem saliran serta penyelesaian isu air bertakung, khususnya di kawasan padat seperti Bukit Assek.
Beliau berkata, pendekatan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri memastikan Sibu berkembang sebagai bandar yang lebih berdaya tahan, selari dengan perubahan ekonomi dan cabaran iklim semasa.-TVS
KUALA LUMPUR: Seramai 21 keluarga yang terjejas akibat kejadian ribut di Kampung Datuk Keramat baru-baru ini menerima bantuan keperluan asas menerusi inisiatif Yayasan Harik.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Harik, Harik Fauzi berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban keluarga terjejas melalui sumbangan bakul rezeki serta barangan keperluan harian.
Beliau berkata, program yang diadakan semalam itu dilaksanakan susulan permohonan daripada Pengerusi Masjid Al-Akram Datuk Keramat, Mejar Jeneral (B) Datuk Ahmad Hadiatullah Mohd Ridzuan, yang memaklumkan keadaan mangsa serta keperluan bantuan segera.
“Saya percaya bantuan seperti ini perlu disampaikan dengan pantas, penuh rasa tanggungjawab dan semangat kebersamaan,” katanya.
Pada 26 Jun lalu, kejadian ribut yang melanda Kampung Datuk Keramat mengakibatkan 21 kediaman mengalami kerosakan, sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk terlibat.
Harik berkata, kerjasama antara badan kebajikan, institusi masjid, sektor korporat dan individu penyumbang mampu memperkukuh jaringan bantuan kepada masyarakat, khususnya ketika berdepan situasi bencana.
MELAKA: Hujan lebat berterusan sejak pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar Masjid Tanah dilanda banjir, sekali gus memaksa pembukaan tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah sehingga pukul 5.00 petang ini.
Di daerah Alor Gajah, PPS PERKIM Masjid Tanah dibuka pada pukul 2 petang bagi menempatkan lima keluarga dan 15 mangsa yang terjejas akibat limpahan air banjir.
Sementara itu, di daerah Melaka Tengah, dua lagi PPS turut dibuka iaitu di SJK (C) Bertam Ulu pada pukul 3.10 petang dan JAPERUN Pantai Kundur pada pukul 3.27 petang.
Bagaimanapun, kedua-dua PPS tersebut masih dalam proses pendaftaran mangsa setakat pukul 5.00 petang.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Alor Gajah, Kapten (PA) Sharulnizam Mad Shah berkata, hujan lebat yang bermula sekitar pukul 6 pagi telah menyebabkan paras air sungai dan parit meningkat sebelum melimpah ke kawasan penempatan penduduk di kawasan rendah.
“Setakat pukul 5 petang, seramai 15 mangsa daripada lima keluarga telah dipindahkan ke PPS PERKIM Masjid Tanah. Mangsa yang terlibat adalah dari Taman Ria Masjid Tanah, Jalan Bandar Baru Masjid Tanah dan Kampung Pulau Semut, Masjid Tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN
