Cuaca ekstrem boleh berlaku dari masa ke semasa ketika Monsun Timur Laut - MetMalaysia
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang masih berpotensi berlaku dari semasa ke semasa di kawasan yang lazimnya tidak terjejas dengan Monsun Timur Laut, sekiranya wujud keadaan atmosfera yang kondusif bagi membolehkan pembentuan cuaca ekstrem itu.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Ambun Dindang, berkata selain pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang lazimnya mengalami cuaca ekstrem ketika Monsun Timur Laut, pantai barat ketiga-tiga wilayah itu juga berpotensi dilanda cuaca seperti itu sekiranya keadaan atmosfera menggalakkan pembentukan ribut petir berkenaan.
Beliau berkata, antara faktor utama yang mempengaruhi kejadian cuaca ekstrem ialah arah dan kelajuan tiupan angin serta penumpuan angin di sesuatu kawasan.
"Sepanjang musim Monsun Timur Laut, perkara yang paling dibimbangkan ialah kehadiran luruan monsun kerana ia boleh menyebabkan hujan berterusan antara satu hingga tiga hari," katanya ketika ditemu bual menerusi program "Malaysia Petang Ini" terbitan BERNAMA TV, di sini.
Ambun berkata, hujan berterusan itu boleh berlaku pada intensiti sederhana hingga lebat dan berpotensi meningkatkan risiko bencana sekiranya keadaan berkenaan berlarutan.
Sebagai peringatan kepada orang ramai agar sentiasa bersiap siaga menghadapi bencana, beliau berkata kebiasaannya MetMalaysia akan mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dengan tiga tahap keseriusan iaitu Waspada (Kuning), Buruk (Oren) dan Bahaya (Merah).
"Peringkat waspada menunjukkan potensi risiko cuaca ekstrem yang masih perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat.
"Walaupun monsun dijangka berakhir pada Mac, kehadiran luruan monsun yang membawa hujan lebat itu boleh berlaku bila-bila masa dan memerlukan pemantauan berterusan," katanya.
Ambun turut memaklumkan MetMalaysia menjalankan pemantauan cuaca 24 jam dan akan mengeluarkan amaran awal sebaik sahaja tanda-tanda luruan monsun dikenal pasti.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini daripada sumber rasmi MetMalaysia serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah bagi mengurangkan risiko keselamatan semasa cuaca ekstrem.
KUALA LUMPUR, Jan 8 — In Kuala Lumpur, where sudden downpours can overwhelm even the best flood mitigation infrastructures, timely alerts are just as critical in keeping the city and its residents safe from severe flooding.
While retaining walls, retention ponds and a state-of-the-art stormwater drain form KL’s first line of defence against floods, a city-wide warning system also complements its overall flood mitigation strategy.
This is where the Early Flood Warning System, managed by the Department of Irrigation and Drainage (JPS) Malaysia, comes into play.
To better understand how the system helps residents stay ahead of floods — and what the public should do when a siren sounds — Malay Mail reached out to JPS Malaysia recently.
Comprising 25 water level telemetry stations spread across metropolitan KL, the system uses real-time monitoring telemetry for round-the-clock, automated tracking of river water levels — overseen by the JPS’ Sungai Klang Basin Office (PLSK).
Each station is equipped with five standard components: an acoustic public address (PA) speaker, solar panels, a siren telemetry system, warning and danger sensors, and a flood gauge.
When required, each station’s public announcement speakers can also be remotely activated to broadcast additional instructions from the National Flood Forecasting and Warning Centre (PRABN).
A head start
The early flood warning system uses two distinct siren alerts — warning and danger — which are triggered when rising river levels reach their respective thresholds.
The siren is also designed to help residents gauge the severity of an emergency through distinct audio cues.
When a siren alert is activated, it is always accompanied by a voice announcement in Bahasa Malaysia to differentiate it from police or ambulance sirens.
Warning siren: continuous tone with a slow tempo and high frequency
This siren alert signals that water levels are rising and could flood low-lying areas along the rivers running through the city.
While the water has not yet reached a critical level requiring immediate evacuation, the public is advised to remain alert and start taking early precautions.
Announcement script: Amaran!! Air sungai telah melebihi aras amaran. Dinasihatkan bersiap sedia untuk berpindah. (Warning!! River water has exceeded the warning level. Residents are advised to prepare for evacuation)
Here are the precautionary steps once this siren activates:
- Move out: Halt all outdoor activities near a river and head towards a safe location.
- Remain alert: Know the flood risk level in your area, monitor official announcements (PublicInfoBanjir app, publicinfobanjir.water.gov.my and the JPS’ official Facebook page) and take every early warning seriously.
- Be prepared: Pack important documents (identity cards, land titles, birth certificates etc.) in a waterproof bag, along with medicines and personal essentials for possible evacuation.
Danger siren: continuous tone with a fast tempo and very high frequency
This siren alert is the highest-level emergency signal, indicating that a flood is imminent or already occurring in low-lying areas, which is no longer safe. Nearby residents must evacuate immediately.
Announcement script: Bahaya!!! Air sungai telah melebihi aras bahaya. Dinasihatkan untuk segera berpindah. (Danger!! River water has exceeded the danger level. Residents are advised to evacuate immediately)
Here are the precautionary steps once this siren activates:
- Act immediately: Do not wait. Direct your family to leave the house and inform nearby neighbours so they can act as well.
- Turn off main switches: Switch off electricity and gas before leaving to prevent short circuits or fires.
- Evacuate: Follow authorities’ instructions to move to a Temporary Evacuation Centre (PPS) or to designated higher ground.
1,569 mangsa banjir babit tiga negeri
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA: Sabah, Sarawak dan Perak masih dilanda banjir membabitkan seramai 1,569 mangsa yang masih ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).
Kesemua mangsa yang terdiri daripada 621 keluarga itu turut membabitkan 524 kanak-kanak dan 41 bayi.
Berdasarkan maklumat di laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 10 PPS dibuka di Sabah sejak Jumaat lalu iaitu di Beaufort, Tenom dan Kemabong.
Kesemua PPS itu menempatkan 1,328 mangsa daripada 517 keluarga.
Sementara di Sarawak, dua PPS dibuka di Miri yang menempatkan 219 mangsa daripada 100 keluarga, yang terjejas akibat banjir.
Di Perak, keadaan banjir bertambah baik apabila hanya sebuah PPS dibuka iaitu di Kinta yang menjadi lokasi kediaman sementara buat 22 mangsa daripada empat keluarga.- UTUSAN
KOTA BHARU, 8 Jan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan sebanyak 8,337 operasi pemantauan kawasan banjir di seluruh negara dalam tempoh 13 Nov hingga semalam.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata operasi tindak balas banjir sepanjang Monsun Timur Laut 2025/2026 telah dilaksanakan secara berterusan dan bersepadu dengan penglibatan pelbagai agensi berkaitan.
“Pemantauan rapi, pengoperasian pusat pemindahan sementara (PPS) serta pelaksanaan pemindahan mangsa membantu mengurangkan risiko kepada nyawa dan harta benda,” katanya selepas Program Sumbangan Kebajikan anjuran Persatuan Kebajikan JBPM dengan kerjasama Biro Kebajikan Perisma JBPM Kelantan di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Izram turut menyempurnakan majlis penyerahan kunci dua van jenazah Toyota Hiace yang disumbangkan oleh Affin Bank Berhad kepada JBPM Kelantan, dengan nilai keseluruhan berjumlah RM439,000.
“Sehubungan dengan itu, satu unit van jenazah akan diserahkan kepada JBPM Kelantan manakala satu unit lagi akan disalurkan kepada JBPM Negeri Pulau Pinang, dengan mengambil kira keperluan mobilisasi jarak jauh serta aspek kebajikan anggota.
“Diharapkan sumbangan bernilai ini dapat dimanfaatkan secara optimum bagi meningkatkan kecekapan operasi, selain memberi manfaat secara langsung kepada anggota serta masyarakat,” katanya.
Beliau berkata sehingga Disember 2025, keahlian Persatuan Kebajikan JBPM Kelantan adalah 553 orang, iaitu 83.7 peratus ahli berdaftar dan berharap ia dapat ditingkatkan kepada 90 peratus pada tahun ini.-TVS
BEKENU, 8 Jan: Hujan berterusan menyebabkan kejadian tanah runtuh di lereng bukit setinggi kira-kira 40 kaki berhampiran jalan utama menuju Kampung Tarahad di sini, hari ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah yang diketuai PBK II Mohd. Khaider telah dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.59 pagi.
“Setibanya di tempat kejadian, didapati tanah runtuh telah mengakibatkan pokok tumbang dan menimpa kabel elektrik, sekali gus menjejaskan laluan utama ke kampung tersebut.
“Pasukan Keluaran Operasi segera menjalankan penilaian dan bekerjasama rapat dengan pihak Sesco serta Majlis Bandaraya Miri bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pemotongan kabel yang terjejas,” kata kenyataan itu.
Operasi pembersihan dilaksanakan sehingga keadaan disahkan selamat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.
Operasi melibatkan enam anggota bomba bersama sebuah jentera FRT serta kekuatan enam anggota dari Sesco Sarawak dan enam anggota dari MBM. – TVS
