MARANG, 14 Julai: Kementerian Kerja Raya (KKR) merekodkan kerugian berjumlah RM94.17 juta akibat banjir pada 2024 melibatkan kerosakan infrastruktur terutama jalan, kata Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata kebanyakan infrastruktur yang rosak akibat banjir tahun lepas telah dibaiki termasuk di Terengganu dengan peruntukan RM22.13 juta, Kelantan (RM20.38 juta) dan Perak (RM33.4 juta).
“Maknanya kerajaan sentiasa prihatin terhadap infrastruktur yang terkesan akibat banjir tahun lepas dengan mana-mana yang perlu diperbaiki kita telah perbaiki,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek menaik taraf jambatan baharu Marang di sini hari ini.
Sementara itu, Nanta berkata KKR juga telah bersiap siaga menghadapi Monsul Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda hujung tahun ini.
Beliau berkata antaranya mempersiapkan Bilik Gerakan Bencana yang akan menerima maklumat dan memberi respons terhadap segala aduan mengenai kerosakan infrastruktur akibat banjir.
“Bilik gerakan ini memang kita buka sepanjang tahun tetapi apabila MTL, kita rancakkan aktiviti di situ. Kita akan pantau semua kawasan di negara ini,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Hanafiah Mat berkata hampir 90 peratus jalan di Terengganu yang rosak akibat banjir tahun lepas telah dibaiki oleh Kerajaan Persekutuan melalui KKR.
“Hanya tinggal lagi satu jalan iaitu cerun jalan di Bukit Besi (Dungun) yang belum dibaiki. Difahamkan tender akan dikeluarkan dua bulan lagi, yang lain semua sudah cantik,” katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan terutama KKR yang membaiki jalan-jalan berkenaan dengan Nanta sendiri sudi meninjau perkembangan pembaikan beberapa infrastruktur yang terjejas banjir. -TVS
MARANG: The Works Ministry (KKR) has recorded RM94.17 million in damages caused by floods in 2024, primarily affecting road infrastructure.
Minister Datuk Seri Alexander Nanta Linggi confirmed that most repairs in flood-hit states, including Terengganu (RM22.13 million), Kelantan (RM20.38 million), and Perak (RM33.4 million), have been completed.
“This demonstrates the government’s commitment to assisting areas impacted by the Northeast Monsoon (MTL) and recent floods.
Necessary repairs have been carried out,“ Nanta told reporters after inspecting the Marang bridge upgrading project. He added that the ministry is preparing for the upcoming MTL season, expected later this year.
“This operations room operates year-round, but we will intensify efforts during the MTL period to ensure nationwide coverage,“ Nanta explained.
Meanwhile, Terengganu Infrastructure, Utilities and Rural Development Committee chairman Datuk Hanafiah Mat noted that nearly 90 per cent of flood-damaged roads in the state have been repaired by the federal government through KKR.
“Only one slope road in Bukit Besi, Dungun, remains pending repair, with the tender expected in two months. The rest are fully restored,“ Hanafiah said, expressing gratitude to the federal government and Nanta for overseeing the restoration efforts.
- Bernama
Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), giat melaksana penambahbaikan infrastruktur kesihatan awam dan memperkukuh keupayaan menghadapi ancaman banjir di Sabah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Projek Skim Pembetungan Berpusat Putatan Fasa 1 yang bernilai RM134.4 juta kini mencapai 69.85 peratus kemajuan setakat bulan lalu.
Katanya, projek dilancarkan pada Disember 2020 bertujuan menaik taraf infrastruktur pembetungan di daerah Putatan yang pesat membangun.
"Projek ini dijadualkan siap pada 3 Mac 2026," katanya selepas melawat tapak projek di sini, hari ini.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu berkata, cabaran utama pelaksanaan projek ialah penemuan bongkah batu besar di bawah tanah yang menyebabkan kelewatan kerja pemasangan paip.
"Kontraktor telah menambah bilangan pasukan pipe jacking kepada tiga setakat Jun 2025 bagi membolehkan kerja dijalankan serentak di beberapa lokasi projek.
"Projek ini dijangka memberi impak besar terhadap sanitasi awam, mempertingkat kelestarian alam sekitar dan menyokong pembangunan jangka panjang kawasan Putatan," katanya.
Skop projek ini merangkumi pembinaan loji rawatan kumbahan baharu dengan kapasiti 50,000 orang, pembinaan rangkaian paip pembetungan baharu sepanjang 9.9 kilometer, penyusunan semula tiga loji rawatan kumbahan berskala kecil sedia ada dan pembinaan jambatan paip sepanjang 60 meter.
Sementara itu, Projek Tebatan Banjir (RTB) Sungai Damai di Lembangan 8 kini mencatat 54 peratus kemajuan fizikal.
Projek bernilai RM48 juta ini adalah sebahagian daripada Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan ke Sabah melalui PETRA.
Projek yang dibangunkan pada September 2023 dengan sasaran siap pada Julai 2026 itu membabitkan penaiktarafan sistem saliran, pembinaan stesen pam, pembinaan culvert dan pintu kawalan banjir.
Inisiatif ini dijangka akan melindungi kira-kira 17,500 penduduk di kawasan sekitar daripada ancaman banjir.
Tahun ini, PETRA meluluskan RM153.3 juta peruntukan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (Rolling Plan 5) bagi 27 projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Projek ini merangkumi tebatan banjir, kawalan hakisan pantai, pemulihan muara sungai, penstabilan tebing sungai serta kerja mekanikal dan elektrikal.
KOTA KINABALU, 14 Julai: Masalah bekalan air yang membelenggu pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapat perhatian segera Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) apabila institusi itu menjadi lokasi pertama dikunjungi dalam program PETRA Skuad hari ini.
Program tinjauan berkenaan disertai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA Datuk Seri Fadillah Yusof, bersama timbalannya Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta Ketua Setiausaha PETRA Datuk Mad Zaidi Mohd Karli.
Tinjauan yang bermula jam 11 pagi itu turut melibatkan empat lokasi lain, iaitu Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Damai Basin 8 di Likas; Pencawang Masuk Utama Kota Kinabalu di Tanjung Aru; Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bagi projek solar bumbung; serta Skim Pembetungan Putatan Fasa I.
Menurut Fadillah, kerajaan Persekutuan komited menangani isu gangguan bekalan air di UMS dengan melaksanakan pelan intervensi jangka pendek berjumlah RM1 juta yang akan dilaksanakan melalui kerjasama Jabatan Air Negeri Sabah, PETRA dan pihak universiti.
Katanya pelan intervensi itu bakal memberi manfaat kepada lebih 3,000 pelajar, khususnya di Kolej Kediaman Tun Mustapha serta Kolej Kediaman Tun Fuad yang sering terjejas akibat gangguan bekalan air.
“Pelan ini melibatkan pembinaan saluran agihan khusus untuk menyambungkan sumber air bawah tanah sedia ada, penambahan tangki simpanan air bawah tanah berkapasiti 0.13 juta liter, serta pemasangan injap kawalan automatik,” katanya.
Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor.
Sementara itu, di RTB Sungai Damai Basin 8, Fadillah berkata projek bernilai RM48 juta itu telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 54 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
“Apabila siap kelak, ia mampu melindungi seramai 17,500 penduduk daripada risiko banjir melalui kerja menaik taraf sistem saliran, pembinaan rumah pam, pembetung jalan serta pintu kawalan banjir,” katanya.
Dalam lawatan ke Pencawang Masuk Utama Kota Kinabalu pula, PETRA menyerahkan tujuh projek sektor tenaga bagi Sabah dan Labuan yang membabitkan kos lebih RM260 juta di bawah Pasukan Khas Projek Bekalan Elektrik Sabah.
Projek itu akan memberi manfaat kepada 60,434 pengguna dengan pelaksanaan kerja menaik taraf pencawang, sambungan talian grid baharu serta pemasangan sistem pemantauan keselamatan di beberapa daerah termasuk Sipitang, Beaufort, Tanjung Aru, Ranau, Sandakan dan Labuan.
Bagi pemasangan solar bumbung di KKIA, projek tersebut diluluskan Suruhanjaya Tenaga pada 2022 sebelum pemindahan kuasa pembekalan elektrik diserahkan semula kepada Kerajaan Sabah.
Kini diselia Suruhanjaya Tenaga Sabah, sistem yang dibangunkan menerusi Program Solar for Self-Consumption itu merangkumi 8,400 modul fotovolta di tiga bumbung bangunan dan dijangka mampu menjana sehingga 5,325.7 megawatt-jam (MWj) tenaga elektrik hijau setahun serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 4,046 tan metrik.
Tinjauan diakhiri dengan lawatan ke projek Skim Pembetungan Putatan Fasa I yang kini mencatat kemajuan fizikal sebanyak 69.85 peratus. Projek bernilai RM134 juta yang dimulakan pada Disember 2020 itu dijadual siap pada Mac 2026.
Ia dijangka meningkatkan keupayaan sistem pembetungan di kawasan Putatan, selain menyumbang kepada kesejahteraan awam, kelestarian alam sekitar serta pembangunan infrastruktur asas di daerah berkenaan. -TVS
BAGAN SERAI: Pesawah di sini menggesa agar kerajaan menyegerakan pelaksanaan projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Tasik Bukit Merah bagi memastikan bekalan air ke sawah padi di sini tidak terjejas semasa musim kemarau.
Mereka berkata, projek tersebut dapat mengatasi masalah bekalan air ke sawah yang berlaku setiap kali Tasik Bukit Merah kering akibat cuaca panas.
Timbalan Pengerusi Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Azhar Hashim berkata, projek penyaluran air ke Empangan Bukit Merah merupakan penyelesaian jangka panjang terhadap masalah kekurangan air sering dihadapi pesawah.
“Projek pemindahan air Sungai Perak itu lebih sesuai berbanding cadangan untuk mencuci lapisan gambut di dasar Tasik Bukit Merah untuk memastikan bekalan air di tasik itu sentiasa mencukupi.
“Projek mencuci dasar kolam yang menelan belanja antara RM4 hingga RM5 juta sekali pelaksanaan namun ia hanya menyebabkan air surut lebih cepat akibat penyerapan haba dan pengeringan secara semula jadi.
“Tanpa lapisan gambut, kolam lebih cepat kering kerana air mudah tersejat. Duit sebegitu lebih baik dilaburkan untuk projek pemindahan air jangka panjang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Pada Jun tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbelanjaan dianggarkan RM4 bilion diperlukan bagi pelaksanaan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah untuk mengatasi masalah bekalan air.
Azhar mengakui bimbang jika operasi saliran sawah padi bakal dihentikan sekiranya paras air Tasik Bukit Merah di sini terus mencatat penurunan akibat cuaca panas.
Menurutnya, operasi saliran air bagi sawah padi bakal dihentikan sekiranya paras tasik itu mencapai paras tertentu.
Katanya, ketika ini sebahagian tasik tersebut sudah kering dan jika paras air terus jatuh, berkemungkinan bekalan air ke sawah akan terjejas.
Ketua Unit Peladang Kawasan Parit Haji Ali Masjid Tinggi, Muslan Mohd. Napiah berkata, masalah bekalan air ke sawah tidak boleh lagi dipandang ringan dan Lembaga Air Perak (LAP) dicadangkan menyediakan tangki simpanan atau takungan kecemasan apabila air di tasik itu mencatat penurunan.
“Bila empangan ini terganggu, semua sektor terkesan, bukan sahaja pesawah. Jadi pengurusan air mesti bijak dan bersedia lebih awal dengan sistem simpanan alternatif,” ujarnya.-UTUSAN
