PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kebakaran stor minyak enjin: JAS kesan ammonia tahap tidak berbahaya

JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor mengesan ammonia di pos kawalan bomba semasa operasi memadam kebakaran stor penyimpanan lori dan minyak enjin di Jalan Cenderai 27, Taman Kota Puteri, Masai, dijalankan di sini semalam.

Pengarah JAS Johor Dr Mohd Famey Yusoff bagaimanapun berkata berdasarkan pemantauan yang dilakukan pihaknya bermula pada 8 malam tadi, bacaan ammonia itu didapati tidak mencapai tahap Acute Exposure Guideline Level (AEGL)-2.

Beliau berkata AEGL-2 ialah kepekatan di udara yang boleh menyebabkan kesan buruk kesihatan jangka panjang yang tidak dapat dipulikan atau lain-lain atau gangguan keupayaan untuk melepaskan diri.
 
"(Bacaan) belum tahap bahaya ... bacaan berkenaan (dikesan) tinggi sedikit semasa kebakaran belum dipadamkan. Kemungkinan bacaan hari ini akan rendah," katanya dalam kenyataan.
 
Beliau berkata pemantauan turut dilakukan di kawasan sekitar termasuk Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri sekali gus menjelaskan tiada bacaan Volatile Organic Compound (VOC) dikesan di semua lokasi terlibat.
 
Justeru, beliau berkata pada umumnya, kualiti udara di kawasan kebakaran dan sekitarnya adalah pada tahap yang tidak membimbangkan serta tiada bahan pencemaran berbahaya dikesan.
 
Mohd Famey berkata pemantauan kualiti udara akan diteruskan hari ini.
 
Timbalan Ketua Zon I Penguasa Kanan Bomba Il Rosfarawadi Ismani Ismail dilaporkan berkata sebanyak lima premis terbakar dalam kejadian melibatkan kawasan seluas kira-kira 1,000 meter persegi itu termasuk 15 kenderaan turut musnah.
 
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.54 tengah hari dan sebanyak 34 anggota dan aset dari beberapa balai bomba termasuk pasukan sukarela dikejarkan ke lokasi kejadian.
 
Setakat 6.30 petang semalam, tinjauan Bernama mendapati kira-kira 20 keluarga yang tinggal di sekitar Taman Megah Ria, berhampiran lokasi kebakaran, telah diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing buat sementara waktu sehingga operasi pemadaman selesai sepenuhnya.
 
-- BERNAMA

Lima kilang terbakar, bomba kesan kandungan sulfur dalam udara

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengesan kandungan sulfur dalam udara susulan kebakaran besar di Kawasan Perindustrian Kota Puteri berhampiran Taman Megah Ria, malam semalam.

Timbalan Ketua Zon Johor Bahru, Penguasa Kanan Bomba II Rosfarawadi Ismani Ismail berkata, penggunaan pelitup muka disarankan meskipun tahap sulfur masih rendah.

“Pasukan Hazmat digerakkan ke lokasi pada pukul 11.40 malam untuk mengambil bacaan udara dan sampel bahan pejal di dua lokasi dikenalpasti sebagai divisyen satu dan dua,” katanya.

Kebakaran di divisyen satu dipadam sepenuhnya pada pukul 4 petang, manakala pemadaman di divisyen dua berdepan kesukaran kerana terdapat halangan tong minyak besar yang menyekat akses anggota.

Pemadaman masih diteruskan dengan tiga aliran 700 kaki menggunakan pancutan air dari pili bomba pam jentera.

Dalam kejadian semalam, lima premis kilang terbakar melibatkan kawasan seluas kira-kira 1,000 meter persegi. Kebakaran itu turut memusnahkan tujuh lori, lima motosikal serta tiga kereta persendirian, dengan kepulan api dan asap setinggi 100 meter kelihatan di udara. – UTUSAN

Ammonia gas detected in Masai after fire at oil storage facility

JOHOR BARU: The Environment Department (DoE) has detected the presence of ammonia gas in Masai following a massive fire believed to have started at an oil storage facility.

State department director Dr Mohd Famey Yusoff said air quality monitoring, which began at 8pm on Saturday (June 21), showed no volatile organic compounds (VOC) at three locations: SK Seri Kota Puteri, the Fire Control Post in Masai, and Makmur Maju Logistics Sdn Bhd.

"While no VOCs were detected at any of the monitoring sites, ammonia gas was detected at the Fire Control Post.

“However, the gas level remains below the Acute Exposure Guideline Level (AEGL-2), meaning it does not pose any serious health risks,” he said in a statement.

He added that air quality monitoring would continue on Sunday (June 22) as a control and precautionary measure.

He said the AEGL readings are believed to be caused by the ongoing fire, which has yet to be fully extinguished, that started on Friday.

In the meantime, the Fire and Rescue Department said firefighting operations are ongoing at the site to fully extinguish the flames.

Earlier, a total of 34 firemen and nine fire engines were deployed to the Kota Puteri Industrial Area near Taman Megah Ria to tackle the massive fire.

Johor Fire and Rescue Department zone one assistant chief Rosfarawadi Ismani Ismail reportedly said the flames had spread to five premises, affecting an area of approximately 1,000 square metres.

Kilang terbakar: Bomba kesan kandungan sulfur dalam udara

JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengesan kehadiran kandungan sulfur dalam udara susulan kebakaran yang berlaku di Kawasan Perindustrian Kota Puteri berhampiran Taman Megah Ria, di sini semalam.

Timbalan Ketua Zon Johor Bahru, Penguasa Kanan Bomba II, Rosfarawadi Ismani Ismail berkata, penggunaan topeng pelitup muka diperlukan, namun kandungan sulfur tersebut tidak tinggi.

“Pasukan Hazmat digerakkan ke lokasi pada pukul 11.40 malam untuk mengambil bacaan udara dan sampel bahan pejal di dua lokasi dikenalpasti sebagai divisyen satu dan divisyen dua.

“Kebakaran di divisyen satu selesai dipadam sepenuhnya pada pukul 4 petang. Manakala pemadaman di divisyen dua bersependapat kesukaran kerana terdapat halangan tong minyak yang besar dan banyak,” katanya.

Tambah Rosfarawadi Ismani, kerja-kerja pemadaman masih diteruskan dengan menggunakan tiga aliran 700 kaki tiga pancutan air dari pili bomba pam jentera.-KOSMO! ONLINE

Hanya satu premis ada lesen, MBJB siasat aktiviti haram di tapak stor terbakar

Johor Bahru: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengesan sebanyak 10 premis milik syarikat berbeza yang beroperasi secara sewaan di kawasan kebakaran stor penyimpanan lori dan minyak enjin di Jalan Cenderai, Taman Kota Puteri, Masai, di sini.

Tapak seluas 64,664 meter persegi itu dikesan menempatkan pelbagai jenis premis termasuk tempat mencuci kenderaan, parkir lori, bengkel dan premis barangan lusuh, namun hanya satu premis didapati memiliki lesen yang sah.

Datuk Bandar MBJB Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata siasatan awal mendapati hanya sebuah premis penyimpanan minyak kelapa sawit memiliki lesen sah yang dikeluarkan oleh MBJB dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

"Tanah ini disewakan kepada beberapa premis dan hanya satu daripadanya berlesen.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search