PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Ribut landa Kuala Langat: 40 rumah, 5 sekolah rosak, 11 murid antara cedera

SHAH ALAM: Puluhan rumah, beberapa sekolah dan kemudahan awam terjejas dan rosak akibat ribut yang melanda beberapa kawasan sekitar Kuala Langat, petang semalam.

Kejadian bermula kira-kira jam 4.15 petang yang turut melibatkan angin kencang dan puting beliung itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan jiwa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata sebanyak lima sekolah, sebuah dewan orang ramai dan sekurang-kurangnya 40 rumah rosak dalam kejadian berkenaan.

Antara premis terjejas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kg Medan, Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan dan SK Jalan Tanjung.

Selain itu, Dewan Wawasan Batu 9 Kampung Medan, Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang, kawasan perumahan Batu 9 Kampung Medan serta kawasan industri Taman Sijangkang Jaya.

"Seramai 11 murid dari SRA Kampung Medan cedera ringan, namun hanya lima daripada mereka mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang, manakala enam lagi dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.

"Selain itu, seorang lelaki cedera di bahagian mata dan seorang wanita mengalami patah kaki selepas dihempap besi ketika kejadian. Mereka dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) turut dibuka di Dewan Harmoni Batu 7, Sijangkang pada jam 8 malam tadi bagi menempatkan keluarga yang terjejas.

"Setakat ini, lapan keluarga terdiri 18 orang telah berdaftar di PPS berkenaan," katanya.

Tambahnya, bencana tahap satu diisytiharkan di Kampung Medan di Telok Panglima Garang oleh Pegawai Daerah Kuala Langat selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

"Kerja-kerja pembersihan dan pemotongan pokok giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak sejak jam 4.30 petang semalam," katanya menasihatkan orang awam tidak menghampiri atau memasuki kawasan bencana tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Ia bagi mengelakkan kejadian tidak diingini serta tidak mengganggu operasi pembersihan dan penyelamatan yang sedang dijalankan oleh agensi berkaitan.

 

Ribut, puting beliung kejadian terburuk sepanjang jadi MB- Amirudin

SHAH ALAM: Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan kejadian ribut dan puting beliung yang berlaku di Telok Panglima Garang, Kuala Langat semalam adalah yang terburuk sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Amirudin berkata, peristiwa yang sangat menakutkan itu turut merosakkan puluhan rumah penduduk serta sekolah.

"Ini antara peristiwa kejadian terbesar, saya ingat antara tiga ke empat tahun ini, ini antara yang terbesar dan (ribut) yang paling kuat. Saya rasa sepanjang saya menjadi Menteri Besar, ini yang terkuat.

"Kalau sebelum ini ada berlaku di kawasan utara Selangor seperti Sabak Bernam, ia banyak berlaku dekat kawasan kampung dan bendang, bagaimanapun, kali ini ia berlaku di kawasan perumahan dan membabitkan kesan yang besar," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sagong Tasi Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

 

Amirudin berkata, langkah susulan akan di ambil terhadap mangsa ribut selepas laporan lengkap membabitkan insiden berkenaan diteliti.

Katanya, ia antara lain membabitkan bantuan kepada mereka yang terkesan akibat bencana berkenaan dan perkara itu akan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), esok.

‎‎"Esok saya akan dapatkan angkanya dan kenyataan akan dibuat selepas selesai MMKN untuk menjelaskan beberapa perkara mengenai influenza, beberapa kes yang berlaku di sekolah dan langkah-langkah susulan berkaitan bencana yang berlaku.

Setakat ini, Yayasan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) menyalurkan bantuan bencana berjumlah RM400,000 untuk sekolah dan mangsa-mangsa kita ada peruntukan di bawah Tabung Bencana sebanyak RM500 untuk satu rumah yang terkesan tetapi saya rasa nilainya lebih nanti kita tengok apa lagi sokongan yang boleh diberikan," katanya.

Amirudin berkata, berdasarkan laporan awal ribut yang turut merosakkan Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan akan memerlukan sekurang-kurangnya RM200,000 hingga RM400,000 untuk pembaikan semula sekolah terbabit.

Katanya, Kementerian Pendidikan juga sudah mengambil langkah untuk menangani kerosakan di ekolah yang terbabit bencana.

Bagi kerosakan rumah, kerajaan negeri perlu meneliti laporan berhubung kerosakan yang dialami penduduk.

‎‎Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan bagi menempatkan 18 individu daripada lapan keluarga susulan kejadian ribut yang melanda kawasan terbabit.

‎‎Beliau ber, kata dalam kejadian kira-kira 4.15 petang semalam, sebanyak lima sekolah, sebuah dewan dan lebih kurang 40 rumah dilaporkan mengalami kerosakan.

‎‎Antara kawasarbabit libat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan, dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan.

‎‎Turut terkesan, Sekolah Kebangsaan Jalan Tanjung, Dewan Wawasan Batu 9, Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang, kawasan perumahan Batu 9, serta kawasan industri Taman Sijangkang Jaya.

Dalam pada itu, tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di negeri ini yang menempatkan 65 mangsa dari 21 keluarga yang termasuk penduduk yang terkesan dengan ribut yang berlaku di sekitar Meru, kelmarin.

PPS berkenaan dibuka di Dewan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Meru; Dewan Harmoni Batu 7 Sijangkang dan Dewan Orang Ramai Kampung Budiman.

 

 

 

‘Saya nampak angin pusar dua kali’

KUALA LANGAT- “Saya nampak angin pusar dua kali. Angin memang kuat, saya tak pernah tengok dan rasai angin sekuat itu dalam hidup.”

Itu cerita pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya yang mahu dikenali sebagai Ali, 50, mengenai kejadian ribut dan angin pusar di Kampung Medan, di sini petang semalam.

“Pada pukul 4.05 petang, kawasan ini dilanda hujan lebat. Lima minit kemudian saya nampak angin pusar dari kawasan tanah perkuburan berdekatan. Angin memang kuat, tak pernah saya tengok dan rasai angin sekuat itu,” katanya ketika ditemui, di lokasi kejadian, hari ini.

Bimbang perkara tidak diingini berlaku, Ali segera melarikan diri ke dalam bangunan sekolah untuk mendapatkan perlindungan sebelum melihat angin pusar itu bergerak ke arah SK Kampung Medan dan Sekolah Rendah Agama Kampung Medan.

“Bukan sekali angin pusar berpusing tetapi dua kali mengelilingi sekolah. Saya nampak angin terbangkan bumbung. Keadaan (kerosakan) di sekolah ini sangat teruk. Bumbung beberapa blok SK Kampung Medan rosak teruk, malah ada yang runtuh,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di kesemua sekolah tersebut mendapati kesemua murid tidak hadir kecuali pihak pentadbir bagi memeriksa kerosakan yang dialami, malah ia juga dikawal rapi oleh jaga, polis serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

 

Thunderstorm alert: MetMalaysia issues warning for wide swath of peninsula, parts of Sabah and Sarawak

KUALA LUMPUR, Oct 16 — Thunderstorms, heavy rain, and strong winds are expected to affect much of Peninsular Malaysia, as well as several areas in Sarawak and Sabah, until 7pm today, according to the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia).

In a warning issued at 4.30pm, MetMalaysia said the severe weather is expected to hit several areas in Kedah (Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, and Bandar Baharu) and Penang.

 

In Perak, the affected areas are Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Central Perak, and Kampar. In Kelantan, Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, and Kuala Krai are expected to be affected, as well as the entire state of Terengganu.

Similar weather conditions are also forecast in Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, and Kuantan), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat, and Sepang ), as well as Kuala Lumpur, Putrajaya, and Johor (Batu Pahat, Kluang, and Pontian).

Meanwhile, warnings have been issued for Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (including Song and Kapit), Bintulu, Miri, and Limbang in Sarawak. In Sabah, the alert covers areas in the interior, including Sipitang, Tenom, and Beaufort, as well as the west coast (Papar). — Bernama

 

Selangor umum langkah susulan bantu mangsa ribut Kuala Langat

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan langkah susulan termasuk bantuan kepada mangsa yang terkesan akibat kejadian ribut di sekitar Telok Panglima Garang, Kuala Langat esok.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) esok.

Beliau berkata kenyataan akan dibuat selepas selesai MMKN untuk menjelaskan beberapa perkara tentang influenza, kes di sekolah dan langkah susulan akibat bencana.

Yayasan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) setakat ini telah menyalurkan bantuan bencana berjumlah 400,000 ringgit untuk sekolah.

Peruntukan di bawah Tabung Bencana sebanyak 500 ringgit untuk sebuah rumah yang terjejas akan diberikan kepada mangsa.

Berdasarkan laporan awal, sekurang-kurangnya 200,000 hingga 400,000 ringgit diperlukan untuk pembaikan semula sekolah yang turut dibadai ribut.

Amirudin menyatakan kejadian ini adalah antara yang terburuk dalam tempoh tiga hingga empat tahun kebelakangan ini.

Beliau menambah peruntukan untuk mangsa mungkin ditambah dan kerosakan rumah perlu dinilai sebelum sebarang langkah diambil.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang semalam, sebanyak lima sekolah, sebuah dewan dan lebih kurang 40 rumah dilaporkan mengalami kerosakan.

Antara kawasan terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan, Sekolah Rendah Agama Kampung Medan, SK Jalan Tanjung, Dewan Wawasan Batu 9, Pejabat Penyelaras DUN Sijangkang, kawasan perumahan Batu 9, dan kawasan industri Taman Sijangkang Jaya.

Sebuah pusat pemindahan sementara diaktifkan bagi menempatkan 18 individu daripada lapan keluarga susulan kejadian ribut yang melanda kawasan Kampung Medan, Kuala Langat dekat sini semalam. – Bernama

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search