KENALI GEMPA BUMI
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Gempa bumi berlaku apabila tenaga di dalam kerak Bumi dilepaskan secara tiba-tiba, menyebabkan gegaran pada permukaan bumi. Kejadian ini boleh mengakibatkan kerosakan harta benda, gangguan perkhidmatan, kecederaan, kehilangan nyawa serta berpotensi mencetuskan tsunami jika berlaku di dasar laut.
Sentiasa bersedia dengan mengetahui langkah keselamatan, menyediakan kit kecemasan dan mematuhi maklumat serta arahan daripada pihak berkuasa demi keselamatan diri, keluarga dan komuniti.
MBD - GELOMBANG HABA
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Gelombang haba berlaku apabila suhu meningkat ke tahap luar biasa dan berterusan selama beberapa hari melebihi kebiasaan sesuatu kawasan. Keadaan ini boleh menyebabkan risiko seperti dehidrasi, strok haba, keletihan melampau serta menjejaskan aktiviti harian, alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.
Peka terhadap tanda-tanda gelombang haba dan ambil tindakan awal seperti minum air secukupnya, kurangkan aktiviti di bawah terik matahari serta lindungi diri dan keluarga daripada pendedahan haba melampau.
Amaran cuaca dikeluarkan sebagai langkah awal untuk membantu orang ramai bersedia menghadapi risiko bencana seperti hujan lebat, ribut, banjir dan angin kencang. Mengabaikan amaran ini boleh meningkatkan risiko kepada keselamatan diri, keluarga serta harta benda.
MBD- TRIVIA BENCANA
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Cuaca panas dan kering semasa Monsun Barat Daya boleh meningkatkan risiko kebakaran hutan dan belukar. 

Tahniah kepada yang memilih B!
Tumbuhan yang kering lebih mudah terbakar dan api boleh merebak dengan cepat, terutama ketika cuaca panas, berangin dan kurang hujan.
Banjir berlaku apabila air melimpah dan menenggelami kawasan yang kebiasaannya kering. Keadaan ini boleh berpunca daripada hujan lebat berterusan, limpahan sungai atau empangan, air pasang besar, sistem perparitan yang tersumbat serta pembangunan yang mengurangkan kawasan tadahan air.
