ALOR SETAR: Sepuluh pemilik Proton X50 yang terjejas akibat bencana banjir Hatyai, Thailand, menarik nafas lega apabila 'keluarga' kenderaan utiliti sukan (SUV) itu tampil menghulurkan bantuan kewangan bagi memudahkan proses menunda keluar kenderaan mereka ke Malaysia.
Muhammad Aliff Ikhwan Ahmad, 31, daripada kelab X50 Kedah Crew berkata dia serta ahli kelab yang lain sudah beberapa kali menganjurkan fun drive ke Hatyai dan kebanyakan mereka hanya mengambil perlindungan insurans asas ketika berada di negara terbabit.
"Biasanya kami tidak buat extension (melanjutkan insurans sedia ada di Malaysia bagi perlindungan di luar negara), cuma kali ini nasib kami kurang baik kerana banjir besar yang melanda langsung tidak dapat dijangka.
"Kami terkandas di Hatyai bermula 21 hingga 27 November dan selepas selamat keluar, kami cari trak tunda sendiri dengan bantuan dana yang dikumpulkan kelab X50 Kedah dan kelab X50 satu Malaysia," katanya.
Katanya, kos menunda setiap kereta yang terjejas dari hotel penginapan ke pusat servis Proton di Alor Setar adalah sekitar RM1,100.
"Saya selaku individu menguruskan X50 Kedah Crew, nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli X50 Kedah yang memberi sumbangan bagi membantu kami sewaktu di sana.
"Mereka juga kumpul duit untuk sewa bot, upah orang hantar makanan, sewa van untuk hantar kami dari Hat Yai ke sempadan dan terima kasih juga kepada kelab X50 lain yang turut memberi sumbangan kepada kami dan sudi membantu kami dalam kesusahan," katanya.
Insurans wajib ketika masuk Thailand tak lindungi bencana
Sementara itu, ejen insurans, Ammar Wafiy Johari berkata insurans yang dibeli untuk masuk ke Thailand seperti compulsory insurance (CI), voluntary insurance (VI) dan travel insurance (TI) tidak melindungi kenderaan yang terbabit bencana.
Beliau berkata, kebanyakan rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan sendiri ke Hatyai dan terlibat dalam banjir baru-baru ini, dipercayai tidak melanjutkan insurans sedia ada di Malaysia bagi perlindungan di luar negara.
"Hanya jika mereka menambah perlindungan Extension 101 (E101) daripada polisi insurans sedia ada di Malaysia dengan perlindungan tambahan untuk bencana, barulah mereka dilindungi," katanya.
Katanya, bencana banjir besar yang berlaku baru-baru ini perlu dijadikan pengajaran kepada orang ramai untuk melanjutkan polisi insurans sedia ada di Malaysia dengan perlindungan bencana sebelum ke Thailand.
Tanah runtuh Sumatera Barat: Kenderaan dinaiki rakyat Malaysia, 7 warga Indonesia hanyut
- Admin UKK
- Berita
PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan melaporkan perkembangan terkini mengenai seorang rakyat Malaysia yang disahkan hilang selepas terlibat insiden tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat pada 27 November lepas.
Kementerian berkata, maklumat awal mendapati kenderaan yang dinaiki mangsa, Asrul Nizam Apridwson, 30, bersama tujuh warga Indonesia dipercayai ahli keluarga telah dihanyutkan oleh tanah runtuh.
“Empat daripada penumpang warga Indonesia itu telah dikesan, manakala usaha mencari rakyat Malaysia serta tiga lagi warga Indonesia masih diteruskan.
“Ibu bapa mangsa kini berada di Padang dan Konsulat Jeneral sedang menyalurkan bantuan serta sokongan sewajarnya kepada keluarga sepanjang tempoh mereka di sana,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Dalam perkembangan berasingan, Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa tiga lagi rakyat Malaysia gagal dihubungi sejak 27 November lalu rentetan kejadian banjir dan tanah runtuh di sana.
Kata kementerian melalui Konsulat Jeneral, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai tiga mangsa tersebut, iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berumur antara 63 hingga 64 tahun.
Menurutnya lagi, maklumat awal menunjukkan mereka dipercayai berada di Aceh atau Sumatera Utara.
“Konsulat Jeneral sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengesan kedudukan mangsa dan memberikan bantuan yang diperlukan.
“Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas seperti Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh dinasihatkan agar berwaspada setiap masa, ikuti perkembangan terkini serta patuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” ujarnya lagi.
Kementerian turut menambah, waris rakyat Malaysia yang berada di Indonesia dan sukar untuk menghubungi ahli keluarga masing‑masing digalakkan menelefon Konsulat Jeneral Malaysia di Medan bagi mendapatkan bantuan, memandangkan ramalan cuaca buruk dijangka berterusan di rantau berkenaan.
“Hubungi talian +62 823-6164-6046 yang beroperasi 24 jam atau e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.,” jelas kenyataan itu.
Kementerian dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan akan terus berhubung dengan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia, Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Sumatera Barat dan polis tempatan (Polres Padang Panjang) untuk mendapatkan maklumat terkini.
Hat Yai selepas banjir kini sunyi, banyak premis perniagaan dan rumah dipenuhi lumpur
- Admin UKK
- Berita
Bukit Kayu Hitam: "Keadaan di Bandar Hat Yai, Thailand kini sunyi, malah banyak premis perniagaan masih ditutup, manakala rumah penduduk masih dipenuhi lumpur, " kata Ahmad Qushairy Ahmad Zaini, 38.
Ahmad Qushairy adalah rakyat Malaysia yang menetap di Hat Yai berkata, dia yang baru pulang ke rumahnya di sana semalam terkejut melihat perubahan yang berlaku akibat banjir sejak 22 November lalu.
Katanya, sebaik sampai di rumah, dia terkejut melihat rumahnya dipenuhi kesan lumpur, manakala sebahagian barangan yang ada di tingkat bawah ditenggelami air.
"Ketika kejadian, saya pulang ke Malaysia tetapi isteri tinggal di Hat Yai dan hanya berlindung di tingkat atas rumah dua tingkatnya di sini.
"Tingkat bawah rumah ditenggelami air dan hanya lagi dua anak tangga air hendak masuk di tingkat atas rumah dan ketika itu isteri hanya berdoa supaya air cepat surut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahmad Qushairy berkata, sepanjang perjalanan dari negara ini hendak pulang ke rumah, dia nampak banyak kenderaan terutama kenderaan Malaysia yang masih terkandas di lokasi banjir akibat tenggelam dalam banjir.
Katanya, ada juga kenderaan terbabit yang dihanyutkan banjir sejauh satu kilometer hingga ke rumahnya disebabkan arus deras.
"Tak dapat saya gambarkan keadaan sekarang kerana ia seolah-olah seperti kesan akibat tsunami.
"Semalam saya pulang untuk mencuci rumah dan mendapati sebuah kereta saya juga rosak ditenggelami air, manakala motosikal juga diselaputi lumpur.
"Saya nak selesaikan cuci rumah terlebih dahulu dan lepas tu baru saya nak ke kedai makan saya tidak jauh dari rumah untuk mencuci di sana pula," katanya.
Ahmad Qusyairi berkata, sehingga semalam, masih ada sukarelawan dari Malaysia yang ada di Hat Yai membantu menghantar bantuan makanan, ubat-ubatan untuk rakyat negara ini yang masih berada di hotel kerana mempunyai urusan.
Katanya, dia tidak dapat menganggarkan kos kerosakan yang berlaku akibat banjir yang menyebabkan rumah, kenderaan serta kedai makannya rosak.
"Kalau nak mulakan semula perniagaan kedai makan mungkin mengambil masa yang lama untuk beroperasi semula kerana banyak barang yang rosak.
"Bandar Hat Yai kini boleh dikunjungi tetapi setakat ini tiada apa yang boleh dilawati kerana semuanya musnah akibat banjir," katanya.
Kuala Lumpur: Situasi banjir di Terengganu, Selangor, Kelantan, Perak dan Pahang menunjukkan perkembangan positif dengan penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9 malam ini.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 287 orang daripada 102 keluarga berbanding 511 orang daripada 178 keluarga, petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan 245 mangsa daripada 92 keluarga masih berlindung dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol dan SK Rengas Bekah, manakala 42 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di SK Paya Resak, Marang.
Di SELANGOR, turut merekodkan penurunan kepada 1,918 orang daripada 543 keluarga berbanding 2,224 orang daripada 613 keluarga, petang tadi.
Menurut laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah PPS yang masih beroperasi turut berkurangan kepada 27 berbanding 29 sebelum ini di empat daerah iaitu Kuala Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Sabak Bernam.
Jumlah mangsa banjir di KELANTAN turut berkurangan kepada 203 orang daripada 82 keluarga malam ini berbanding 353 orang daripada 129 keluarga petang tadi, dengan kesemua mereka berlindung di PPS Pasir Mas.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir sedikit menurun kepada 3,684 orang daripada 1,090 keluarga yang berlindung di 21 PPS di lima daerah terjejas berbanding 3,837 orang daripada 1,156 keluarga, petang tadi.
Menurut Sekretariat JPBN Perak, daerah Hilir Perak masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,786 orang manakala daerah Bagan Datuk (903), Manjung (506), Perak Tengah (464) serta Larut, Matang dan Selama (25).
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 200 orang daripada 52 keluarga berbanding 289 orang daripada 79 keluarga pada petang tadi.
Infobencana JKM memaklumkan 126 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di empat PPS di Bera, manakala 42 mangsa daripada 11 keluarga berada di empat PPS di Temerloh, 25 mangsa daripada enam keluarga di sebuah PPS di Maran dan tujuh mangsa daripada satu keluarga di sebuah PPS di Kuantan.
Sementara itu, di PERLIS, jumlah mangsa meningkat kepada 1,503 orang malam ini berbanding 1,387 orang petang tadi dan ditempatkan di lapan PPS di Padang Besar, Kangar dan Arau, manakala di KEDAH, jumlah mangsa tidak berubah malam ini dengan 219 orang daripada 64 keluarga masih berlindung di dua PPS di daerah Kubang Pasu.
MELAKA: Melaka is prepared to face any possibility from the king tide phenomenon, forecast along the state's coastline, from today until Dec 9.
Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh said that all relevant agencies have been mobilised and placed on alert, to address the natural phenomenon.
He said this to reporters, after opening the Melaka Syariah Lawyers Commissioning Ceremony, themed ‘Peguam Syarie: Penggerak Keadilan Syariah’ (Syariah Lawyers: Drivers of Syariah Justice), here, Monday (Dec 1).
Also present was Melaka Syariah Chief Judge Azzeman Omar.
At the event, 55 syariah lawyers and eight recipients of special accreditation received their credentials.
Meanwhile, the high-risk areas in the state, expected to be affected by the king tide phenomenon, are Kampung Tanjung Bidara, Kampung Padang Kemunting, Kampung Telok Gong, Kampung Tanjung Dahan, Kampung Pengkalan Balak and Kampung Kuala Linggi.
Other areas include Kampung Pengkalan Rama, Pantai Puteri, Kampung Sebatu, Kampung Pantai Siring, Kampung Padang Temu Pantai, Pantai Kundur, Kampung Pulai, Banda Kaba, Kampung Lereh and Alai Perdana.
It also involves Kampung Permatang, Kampung Umbai and Parit China Pasir. - Bernama
