KUALA LUMPUR: Bintulu member of parliament Datuk Seri Tiong King Sing has called for flood mitigation projects to be expedited after many parts of the district were inundated by floodwaters, leaving scores stranded.
In a Facebook post, Tiong, who is also tourism, arts and culture minister, said human factors could not be ruled out in the worsening flood situation.
“Issues such as flaws in Bintulu’s drainage system have prevented Sungai Sibiew from effectively discharging excess water, causing a rapid surge in river levels.
“The strong currents have further complicated rescue operations, increasing risks for both victims and responders,” said Tiong, who has been assisting with rescue efforts.
He said areas around Sungai Sibiew were worst affected due to the long-overdue deepening and widening of the riverbed.
“The Sungai Sibiew riverbed project has remained a mere proposal for nearly five years, with no actual progress.
“This flood should serve as a warning; relevant agencies must take responsibility.”
Tiong said he had repeatedly stressed that the riverbed must be deepened by at least three to five metres and widened to 100m to accommodate increasing rainfall.
He said Sungai Kemena, which leads to the sea, must also be deepened.
Tiong said he would raise the widening and deepening of both rivers at the next Resident’s Office meeting on Feb 10.
“I will also propose halting the bridge construction connecting Taman Jason and Taman Kemena Sutera to prevent disruptions to the riverbed work.”
He added that the relocation of residents living in illegal settlements along the riverbank must also be expedited.
Tiong said the floods had destroyed homes and caused immense financial losses and despair to many Bintulu families, including those celebrating Chinese New Year.
“The deepening and widening of these two rivers must start without further delay to mitigate the risk of flash floods.”
“Through close coordination with the Resident’s Office and relevant authorities — including the Fire and Rescue Department, Malaysia Civil Defence Force, military and police — rescue and relief efforts are being swiftly carried out in affected areas.”
He said additional personnel from fire stations in Sibu, Miri, Labuan and Kota Kinabalu, Sabah, had been deployed to assist in disaster relief.
Pihak berkuasa harus meneliti kemungkinan faktor kesilapan manusia yang memburukkan lagi keadaan banjir di Bintulu.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata banjir yang berlaku sejak kelmarin adalah yang terburuk pernah melanda bandar gas asli itu.
King Sing berkata, walaupun ada pihak mengaitkan bencana banjir itu sebagai punca semula jadi, beliau percaya ada faktor lain yang menyumbang berlaku bencana itu.
“Isu seperti kecacatan dalam sistem perparitan di Bintulu menghalang Sungai Sibiew daripada mengalirkan air berlebihan secara berkesan, menyebabkan lonjakan paras sungai dengan cepat,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata demikian dalam kenyataan di laman Facebooknya, semalam.
King Sing berkata, kawasan yang paling teruk terjejas adalah sekitar Sungai Sibiew, yang sudah lama tidak diselenggara.
Banjir jadi amaran
Beliau berkata projek mendalamkan dasar Sungai Sibiew sudah dicadangkan sejak hampir lima tahun, namun ia tidak dilaksanakan hingga kini.
“Banjir terburuk ini sepatutnya menjadi amaran segera bahawa agensi berkaitan mesti bertanggungjawab.
“Saya berulang kali menegaskan bahawa sungai itu mesti mempunyai kedalaman sekurang-kurangnya tiga hingga lima meter dan melebar hingga 100 meter bagi menampung taburan hujan yang semakin meningkat akibat perubahan iklim,” katanya.
Selain Sungai Sibiew katanya, dasar Sungai Kemena yang menghubungkan terus ke laut juga perlu dikorek.
“Saya akan sekali lagi menekankan keperluan untuk mendalamkan dan melebarkan kedua-dua sungai itu semasa mesyuarat di Pejabat Residen Bahagian Bintulu pada 10 Februari nanti,” katanya.
Selain itu katanya, beliau akan mencadangkan untuk menghentikan pembinaan jambatan yang menghubungkan Taman Jason dan Taman Kemena Sutera bagi mengelakkan gangguan pada kerja-kerja dasar sungai.
Malah, beliau turut menggesa agar penempatan semula penduduk setinggan di sepanjang kedua-dua tebing sungai perlu disegerakan bagi memudahkan kerja mendalamkan dan meluaskan sungai itu.
Kapit: Jalan Song/sipan-temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song semalam.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Kapit, penutupan sementara dibuat bagi membolehkan pihak terbabit membuat lencongan untuk membuka laluan kepada kenderaan ringan.
“Kejadian berlaku berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam (kelmarin),” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, kenderaan berat tidak dibenarkan melalui jalan itu memandangkan keadaan struktur tanah yang tidak stabil dan tidak selamat.
Nanta berkata, Residen Bahagian Kapit, Elvis Didit bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Katibas, Lidam Asan dan Pegawai Daerah Song, Harry Bruce, sudah turun padang bagi memeriksa jalan yang runtuh.
Selain itu, Nanta memaklumkan terdapat beberapa lagi kejadian tanah runtuh di daerah Kapit dan Belaga.
Katanya, kawasan terjejas antaranya simpang masuk ke Menara Pemancar TV & Radio dan Lorong 1, Taman Bian Hua, Daerah Kapit; Kilometer 34, Jalan Menjawah Belaga; dan Jalan Bakun - Belaga iaitu antara Uma Badeng Dangan/ Bakun, daerah Belaga.
Beliau berkata, Elvis mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kapit untuk memantau secara dekat keadaan di seluruh daerah itu bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan cuaca buruk ketika ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Belaga juga sudah mengambil tindakan dengan membersihkan laluan terjejas bagi membolehkan pengguna jalan raya melalui kawasan berkenaan.
“JKR turut memasang papan tanda yang bersesuaian di lokasi kejadian," katanya sambil menambah penduduk dan pengguna jalan raya dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa.
Kerajaan Sarawak menyalurkan bantuan RM50,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, di Miri, kelmarin.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata bantuan itu disalurkan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.
“Setiap mangsa yang terkorban diberi bantuan RM10,000,” katanya selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Dewan SJKC Chung Hua, Batu Kawa, semalam.
Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah serta Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi kelmarin, lima mangsa disahkan terkorban selepas tertimbus dalam runtuhan tebing Bukit Kanada itu.
Mereka yang maut ialah dua wanita, Sazarena Arabi, 41; Fatimah Dawi, 71; dua kanak-kanak perempuan, Nur Raisyah Syahirah, 8, serta Nur Rania Syafiqah, 11 dan remaja lelaki, Irsyad Syairah, 16.
Uggah berkata, isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata, perkara itu turut akan dibentangkan kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi mencari penyelesaian jangka panjang.
“Perlu ada kajian terhadap rumah di kawasan lereng bukit. Kami juga berharap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengambil perhatian terhadap perkara ini.
“Buat masa ini, penduduk kampung yang tinggal di kawasan lereng bukit dinasihatkan supaya berpindah segera, jika keadaan rumah tidak selamat untuk diduduki,” katanya.
JKM sedia kaunselor
Sementara itu, Fatimah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyediakan kaunselor bagi membantu memulihkan emosi semua mangsa yang selamat dalam kejadian itu.
“Bagi keluarga yang terselamat, musibah itu pasti meninggalkan kesan terhadap mereka dan gangguan emosi yang berat terpaksa ditanggung.
“JKM akan menanganinya dengan menghantar kaunselor untuk membantu memulihkan semangat dan emosi mereka,” katanya.
Selain itu, katanya, JKM juga menggerakkan kaunselornya ke semua PPS mangsa banjir di seluruh negeri.
“Pejabat JKM di setiap bahagian mempunyai kaunselor, tetapi jika bahagian atau daerah tidak mengalami banjir, kita akan memanggil kaunselor itu untuk membantu di tempat dilanda musibah berkenaan,” katanya.
Kerajaan Sarawak menyalurkan bantuan RM50,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, kelmarin.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bantuan itu disalurkan bagi meringankan beban keluarga mangsa terbabit.
“Setiap mangsa yang terkorban akan diberi bantuan RM10,000,” katanya ketika ditemui selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan SJKC Chung Hua, Batu Kawa, semalam.
Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.
Sementara itu, Fatimah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyediakan kaunselor bagi membantu semua mangsa yang selamat dalam kejadian.
“Bagi keluarga yang terselamat, musibah itu pasti meninggalkan kesan terhadap mereka dan gangguan emosi yang berat terpaksa ditanggung.
“JKM akan menanganinya dengan menghantar kaunselor untuk membantu memulihkan semangat dan emosi mereka,” katanya.
Selain itu katanya, JKM juga menggerakkan kaunselor ke semua PPS di seluruh negeri.
“Pejabat JKM di setiap bahagian mempunyak kaunselor, tetapi jika bahagian atau daerah itu tidak mengalami banjir, kita akan memanggil kaunselor itu untuk membantu di tempat yang dilanda banjir,” katanya.
