PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

SUPP Bawang Assan delivers food aid to 98 flood-hit families

SIBU (March 30): The Sarawak United People’s Party (SUPP) Bawang Assan branch has distributed food aid to 98 families affected by the recent floods in Tanjung Kunyit, Sungai Sadit, Lebaan, Engkilo, and Sungai Bidut.

Branch chairman Councillor Kevin Lau said his team is also assisting the affected families in applying for aid from the Sarawak Welfare Department through the Sibu Resident Office.

“I thank our councillors, kapitans and penghulus for their cooperation in distributing the assistance to the affected families to lighten their burden, and also the Welfare Department for their prompt response to our request,” he said.

With another high tide expected on March 31, Lau urged residents in flood-prone areas to remain vigilant and prioritise safety.

Wanita berjaya diselamatkan daripada runtuhan pangsapuri di Myanmar

MANDALAY: Pasukan penyelamat menarik keluar seorang wanita yang masih hidup dari serpihan runtuhan bangunan pangsapuri di Mandalay pada Sabtu, 30 jam selepas gempa bumi dahsyat melanda Myanmar.

Mereka yang berada di lokasi memberikan tepukan gemuruh ketika Phyu Lay Khaing, 30, ditarik keluar dari runtuhan Kondominium Sky Villa oleh penyelamat, secara berhati-hati dan menggunakan pengusung.

Suaminya, Ye Aung, yang menunggu berita dalam keadaan cemas, memeluk Lay Khaing ketika pengusung diletakkan.

"Pada mulanya, saya tidak sangka dia masih hidup," kata Ye Aung kepada AFP sambil menunggu isterinya keluar dari runtuhan.

"Saya sangat gembira kerana saya mendengar berita baik," kata peniaga itu, yang mempunyai dua anak lelaki bersama isterinya, William, 8, dan Ethan, 5.

Ketika ambulans mula bergerak ke hospital, Ye Aung melihat melalui tingkap sambil menggenggam tangan isterinya.

Seorang pegawai Palang Merah memberitahu AFP sebelum ini, lebih 90 orang mungkin terperangkap di bawah runtuhan blok pangsapuri itu.

Gempa bumi berukuran 7.7 magnitud melanda barat laut Mandalay pada awal petang Jumaat, diikuti gempa susulan 6.7 magnitud beberapa minit kemudian.

Gegaran itu memusnahkan bangunan, jambatan dan jalan raya merentasi kawasan di Myanmar, dengan kemusnahan besar-besaran dilihat di Mandalay, bandar kedua terbesar di negara itu dan kediaman kepada lebih 1.7 juta orang.

Woman rescued alive from collapsed Mandalay apartment block: AFP

Mandalay, Myanmar, March 29, 2025 (AFP) -

Rescuers pulled a woman alive from the wreckage of a collapsed apartment building in Mandalay on Saturday, AFP journalists saw, 30 hours after a devastating quake hit Myanmar.

Applause rang out as Phyu Lay Khaing, 30, was brought out of the Sky Villa Condominium by rescuers and carefully removed from the rubble by stretcher.

Her husband Ye Aung, who had been waiting anxiously for news, embraced her as the stretcher was lifted down.

"In the beginning, I didn't think she would be alive," Ye Aung told AFP as he waited for his wife to emerge from the debris.

"I am very happy that I heard good news," said the trader, who has two sons with his wife -- eight-year-old William, and Ethan, five.

As the ambulance drove away to hospital, Ye Aung was seen through the window clutching his wife's hand.

A Red Cross official told AFP earlier that more than 90 people could be trapped under the remains of the apartment block.

The shallow 7.7-magnitude quake struck northwest of Mandalay early Friday afternoon, followed minutes later by a 6.7-magnitude aftershock.

The tremors destroyed buildings, downed bridges and buckled roads across swathes of Myanmar, with massive destruction seen in Mandalay, the country's second-biggest city and home to more than 1.7 million people.

 

SMART: Pasukan penyelamat Malaysia diiktiraf dunia, bersedia berbakti

KUALA LUMPUR: Sejak ditubuhkan hampir tiga dekad lepas, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah menjadi barisan hadapan negara dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta bantuan kemanusiaan, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Ditubuhkan pada 1 Ogos 1995, SMART lahir selepas tragedi menyayat hati runtuhnya kondominium Highland Towers pada Disember 1993, yang telah membuka mata kerajaan tentang keperluan mendesak bagi mempunyai pasukan penyelamat yang terlatih dan bersedia menghadapi situasi bencana besar di negara ini.

Di bawah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), SMART diwujudkan dengan keanggotaan daripada tiga badan utama iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sejak 2015, SMART telah diletakkan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pada tahun ini pasukan khas itu dianggotai seramai 138 individu daripada tiga organisasi berkenaan.

SMART kini telah berkembang menjadi pasukan elit bertaraf dunia apabila memperoleh status 'Heavy' bagi Operasi Mencari dan Menyelamat di Kawasan Bandar (USAR) daripada Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) di bawah Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2016.

 

SMART ialah satu-satunya pasukan dalam kalangan negara ASEAN, pasukan kedua di Asia selepas Jepun dan pasukan ke-46 di dunia yang menerima pengiktirafan yang membolehkan SMART menjalankan operasi SAR secara kendiri.

Sejak penubuhannya, SMART telah terlibat dalam pelbagai misi penyelamatan di luar negara termasuk membantu mangsa gempa bumi iaitu di Turkiye pada 1999 dan 2023, Gujarat, India (2001), Pakistan (2005), Padang, Indonesia (2009) dan Nepal (2015).

SMART juga memainkan peranan menjalankan operasi ketika dalam tragedi tsunami di Aceh pada 2004 dan memberi bantuan ketika Taufan Haiyan di Filipina pada 2013, selain turut dikerahkan ke Ukraine pada 2014 susulan tragedi pesawat MH17.

Media hari ini melaporkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata SMART telah digerakkan bagi menyertai operasi SAR di kawasan paling terkesan akibat gempa bumi di Myanmar.

Bagi menyertai pasukan khas ini, SMART telah menetapkan kriteria dan syarat yang ketat dalam fasa satu iaitu pemilihan awal yang dijalankan selama tujuh hari diikuti fasa dua iaitu Kursus Khas SMART.

Tapisan kelayakan pemilihan awal ini mengambil kira tempoh perkhidmatan melebihi lima tahun, disahkan jawatan dalam perkhidmatan dan berumur tidak melebihi 35 tahun.

Antara ujian yang perlu dilalui semasa pemilihan awal ialah larian 2.4 kilometer (km) dan 7 km, renang gaya bebas 300 meter, ujian fobia ketinggian di platform10 meter, apungan di kolam selama 10 minit dan ujian fobia darah atau mayat.

Turut diuji ialah fobia gelap atau ruang sempit, kecergasan litar, evakuasi kecederaan, ujiian pengetahuan dan temu duga akhir.

Di fasa dua pula, pegawai dan anggota perlu mengharungi latihan dan ujian pelbagai pengetahuan dan kemahiran berkenaan bidang penyelamatan dan selepas melepasi kedua-dua fasa ini, barulah seseorang itu boleh diterima masuk ke dalam SMART.

Menerusi konsep MyTeam Relief yang diamalkan SMART pula, pasukan ini boleh beroperasi dengan bantuan komponen lain seperti pasukan perubatan, anjing pengesan dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dalam sesuatu misi menyelamat.

Bagi memastikan SMART sentiasa berada di tahap terbaik, pegawai dan anggotanya turut dihantar menjalani latihan di negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat bagi mendapat pendedahan berkaitan pengurusan bencana, selain menjalani kursus di dalam negara. – BERNAMA

 

From tragedy to triumph: How SMART became a global search and rescue force

KUALA LUMPUR: For nearly three decades, the Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) has been at the forefront of search and rescue (SAR) operations and humanitarian aid efforts, not only within the country but also globally.

Established on Aug 1, 1995, SMART was formed in response to the tragic collapse of the Highland Towers condominium in December 1993. The disaster highlighted the urgent need for a highly trained and well-equipped rescue team to handle large-scale emergencies in Malaysia.

Operating under the National Security Council, SMART was initially composed of personnel from three key agencies: the Royal Malaysia Police (PDRM), the Malaysian Armed Forces (ATM) and the Fire and Rescue Department (JBPM).

Since 2015, SMART has been placed under the National Disaster Management Agency (NADMA). As of this year, the elite team consists of 138 personnel from these three organisations.

Malaysian history books
 

SMART has since evolved into a world-class elite force, achieving the prestigious status of a Heavy Urban Search and Rescue (USAR) Team from the International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) under the United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs in 2016.

 

SMART holds the distinction of being the only ASEAN team, the second in Asia after Japan, and the 46th in the world to receive this recognition, allowing it to conduct independent SAR operations.

Anggota SMART ketepikan kegembiraan menyambut raya demi membantu mangsa gempa bumi

CYBERJAYA: Hasrat sebahagian besar pegawai dan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) untuk berada bersama keluarga meraikan Aidilfitri beberapa hari lagi diketepikan selepas diarahkan membantu mangsa gempa bumi di Myanmar.

Seramai 50 pegawai dan anggota pasukan SMART di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan dihantar ke Yangon, Myanmar, mulai esok, bagi melaksanakan misi kemanusiaan susulan gempa bumi dengan magnitud 7.7 yang menggegarkan negara itu, semalam.

Mereka dijangka berada di sana bagi melaksanakan misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di kawasan runtuhan antara 10 hingga 15 hari namun bergantung kepada situasi dan keadaan semasa.

Salah seorang anggota SMART mengikuti misi itu, Sarjan Sulaiman Syamsuddin berkata, misi itu adalah yang pertama dia dihantar menyertai misi SAR di luar negara.

Beliau yang bertugas di Pasukan Penyelamat Seksyen (Heavy Usar B) sejak enam tahun lalu mengakui ada perasaan sedih selepas terpaksa meninggalkan keluarga secara tiba-tiba demi misi negara.

"Tipulah kalau saya tak sedih, kerana sepatutnya saya, isteri dan tiga anak lelaki kami pulang ke kampung halaman di Pantai Timur Sabah, esok... kampung keluarga saya di Kunak dan isteri di Tawau .

"Namun, semalam, selepas kejadian gempa bumi di Myanmar dan Bangkok, Thailand, berlaku, kami di pasukan SMART sudah diarahkan untuk berada dalam keadaan siap sedia.

"Sekitar lewat petang semalam, saya dimaklumkan oleh pegawai saya antara individu yang akan terbabit dalam misi berkenaan dan ini bukanlah sesuatu yang sukar bagi saya kerana sebagai anggota Pasukan SMART, kami sudah menanamkan di dalam diri untuk sentiasa bersiap-siaga apabila diarahkan untuk apa saja tugasan," katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Katanya, sebelum menyertai pasukan SMARt, beliau bertugas sebagai anggota tentera darat, jadi beliau sentiasa bersikap profesional terhadap tugas dan tanggungjawab terutama ketika bencana boleh berlaku pada bila-bila masa.

"Demi memastikan keluarganya tidak terlepas dari kegembiraan Syawal, Sulaiman merancang supaya isteri dan anaknya beraya bersama keluarga abangnya di sini.

Isterinya, Norsia M Tahir, 36, berkata, dia sentiasa reda dengan situasi yang dilalui oleh suaminya demi tugas kepada negara walaupun menyedari sebarang bahaya yang bakal dilalui memandangkan lokasi SAR itu masih belum dijamin selamat.

"Saya faham tugasnya dan kini saya terpaksa menjalankan tanggungjawab cuba menggembirakan tiga anak kami yang tidak dapat beraya bersama bapa mereka.

"Saya tahu bahaya yang ada di hadapan mereka (Pasukan SMART) dan harap mereka dapat melakukan yang terbaik untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi di sana dan seterusnya suami dapat pulang dalam keadaan selamat," katanya.

Tanpa berselindung, katanya dia sememangnya rasa sedih apabila dimaklumkan mengenai perkara itu dan lebih sayu kerana terpaksa memaklumkan keluarganya tidak dapat pulang beraya di kampung, malam tadi.

Seorang lagi anggota Pasukan SMART, Syahir Azizi Abdul Aziz berkata, misi SAR gempa bumi di Myanmar adalah misi kedua yang dijalaninya selepas kejadian gempa bumi di Turkiye, pada Februari 2023.

"Bezanya, kejadian gempa bumi di Turkiye berlaku beberapa minggu sebelum puasa dan kejadian kali ini berlaku ketika puasa dan menjelang Hari Raya.

"Kami akan membawa segala peralatan logistik seperti alat memecah objek keras, alat mengesan mangsa yang masih terperangkap dan peralatan iris atau kamera mengesan mangsa di celah-celah runtuhan," katanya.

Dia turut berkongsi perasaan sedih kerana tidak dapat berhari raya bersama keluarga yang sepatutnya diraikan di kampung halaman di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

 
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search