PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Baik pulih rumah ambil masa setahun, kos cecah RM200,000

PETALING JAYA: Proses membaik pulih rumah sewa yang musnah dalam tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini pada 1 April lalu dijangka mengambil masa setahun dengan anggaran kos pembinaan semula mencecah RM200,000.

Menurut mangsa, Salawati Zakaria, 42, perkara itu dimaklumkan oleh pemilik rumah sewa­nya yang terpaksa menanggung kerugian besar susulan kejadian tersebut.

“Sekarang ini kami masih dalam proses membersihkan kawasan yang terjejas, namun kerja-kerja pembinaan dan baik pulih belum dimulakan.

“Setakat ini, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) hanya membantu membersihkan kawasan luar rumah. Tuan rumah pula difahamkan mengalami kerugian kira-kira RM190,000,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambah Salawati, kediaman baharu yang kini disewa mereka terletak kira-kira satu kilome­ter dari lokasi kejadian, namun menimbulkan kebimbangan ke­rana sering dilanda banjir berikutan sistem perparitan yang tidak sempurna.

“Semalam pun hujan lebat, kami jadi risau sebab rumah sekarang memang mudah dinaiki air.

“Malah, semasa banjir baru-baru ini, kami pun belum sempat keluar dari pusat pemindahan sementara (PPS),” ujarnya.

Menurut Salwati, dia bersama lebih 60 penduduk yang terjejas menerima bantuan susulan tragedi itu, termasuk mangsa yang mengalami kerosakan rumah secara penuh dan separa, petang semalam.

“Kami dibanci dari rumah ke rumah oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum bantuan disalurkan,” katanya.

Katanya, suaminya akan kembali bekerja sebagai pemandu bermula hari ini selepas beberapa minggu menguruskan pelbagai urusan berkaitan rumah mereka yang terjejas.

“Baju sekolah dan buku anak-anak semuanya terbakar. Ia menjejaskan pembelajaran mereka sehingga kami terpaksa tangguhkan seminggu untuk mereka kembali ke sekolah selepas musim persekolahan bermula.

“Alhamdulillah, selepas itu kami dapat bantuan pakaian serta kelengkapan sekolah daripada NGO dan pihak sekolah sendiri. Barulah anak-anak dapat kembali ke sekolah seperti biasa,” katanya. – UTUSAN

Revolusi teknologi Geomatik UAV LiDAR tingkat keselamatan saluran paip gas

PEMERIKSAAN saluran paip gas di Malaysia kini memasuki era baharu apabila teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) yang dilengkapi dengan sistem Light Detection and Ranging (LiDAR) mula digunakan secara lebih meluas dalam memastikan tahap keselamatan dan kecekapan operasi berada pada tahap tertinggi. Kajian yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar Kuantan, Pahang oleh sekumpulan penyelidik dari Center of Applied Geomatics and Disaster Prevention (CAGeD) mendapati teknologi UAV LiDAR mampu mengenal pasti risiko geobahaya seperti tanah runtuh, hakisan dan masalah saliran dengan lebih cepat dan tepat berbanding kaedah tradisional.

Teknologi itu bukan sahaja menjimatkan masa dan kos pemeriksaan, malah mampu mengesan kawasan berisiko tinggi sebelum berlakunya kerosakan, sekali gus membolehkan tindakan mitigasi diambil lebih awal. Menurut penyelidik yang menjalankan kajian tersebut, data yang dikumpul melalui UAV LiDAR membolehkan pemetaan kawasan sekitar saluran paip dijalankan secara menyeluruh, termasuk mengenal pasti cerun berisiko tinggi seperti kawasan yang melebihi sudut 35 darjah.

Kawasan cerun tinggi berisiko mengalami tanah runtuh, manakala corak saliran yang tidak efisien boleh menyebabkan pengumpulan air dan seterusnya mengundang kakisan pada paip gas. Hasil analisis seterusnya divisualisasikan melalui sistem maklumat geografi (GIS), yang membolehkan peta dan model 3D dibina bagi mengenal pasti lokasi yang memerlukan tindakan lanjut.

Insiden letupan paip gas yang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada 1 April lalu menjadi satu contoh nyata kepentingan pemantauan proaktif terhadap sistem saluran paip negara. Letupan yang menyebabkan gegaran kuat dan kebakaran besar itu dipercayai berpunca daripada kegagalan struktur yang mungkin berkait rapat dengan tekanan tanah dan perubahan geoteknikal persekitaran.

Kejadian tersebut mengundang kebimbangan ramai dan memperlihatkan keperluan mendesak bagi pendekatan pemantauan berasaskan teknologi, seperti UAV LiDAR, untuk mengenal pasti tanda-tanda awal ketidakstabilan tanah di sepanjang laluan paip. UAV LiDAR berpotensi mengesan perubahan halus pada permukaan tanah serta pergerakan bawah tanah yang mungkin tidak dapat dikesan dengan pemeriksaan manual konvensional.

Teknologi UAV LiDAR bukan sahaja digunakan di Malaysia. Di peringkat antarabangsa, negara seperti Norway dan China turut menggunakan sistem sama untuk pemantauan bencana alam. Di Norway, UAV LiDAR digunakan untuk mengesan risiko runtuhan salji di kawasan pergunungan Trollstigen, manakala di Ordos, China, ia membantu memantau pergerakan tanah di kawasan perlombongan.

Dalam projek pemetaan jalan raya di kawasan sempadan Malaysia, UAV LiDAR berjaya memetakan kawasan seluas 150 kilometer persegi dengan ketepatan menegak hanya 5.51 sentimeter, membuktikan ketepatan teknologi ini dalam pemantauan geoteknikal. Kajian turut mengesyorkan agar penggunaan UAV LiDAR dijadikan sebahagian daripada prosedur pemeriksaan rutin saluran paip gas, khususnya di kawasan yang dikenal pasti mempunyai risiko geobahaya yang tinggi.

Langkah seperti pembangunan sistem saliran yang lebih baik dan penstabilan cerun juga disarankan bagi mengurangkan kemungkinan berlakunya hakisan yang boleh mengganggu kestabilan struktur saluran paip. Penggunaan teknologi ini dijangka bukan sahaja mampu mengurangkan kerosakan saluran paip, malah memberi impak positif terhadap keselamatan tenaga, alam sekitar, serta mengelakkan kerugian ekonomi akibat kebocoran gas atau kegagalan struktur.

 

42 mangsa banjir di 1 PPS P Pinang

BUKIT MERTAJAM:
 Beberapa kawasan di Seberang Perai Tengah dan Utara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat lebih tiga jam awal pagi tadi.

Antara lokasi dinaiki air ialah Taman Guar Perahu, Kampung Pelet, Penanti, Jalan Permatang Nibong, Permatang Pasir dan Kubang Semang.

Kampung Telok dekat Kawasan Perindustrian Sungai Lokan dan Taman Desa Murni dekat Sungai Dua, Merbau Kudung, Pajak Song serta sekitar Butterworth turut terjejas.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Permatang Pasir, di sini, 7 pagi tadi yang menempatkan 42 mangsa daripada 13 keluarga.

APM menerima maklumat awal berlaku banjir kilat dan beberapa kawasan di Kubang Semang dinaiki air pada 2 pagi selepas hujan lebat kira-kira 1 pagi tadi.

“Tindakan awal dibuat dengan memindahkan mangsa ke Masjid Kubang Semang, sebelum mereka dipindahkan ke PPS sebaik ia dibuka 7 pagi ini,” katanya dalam kenyataan.

Hujan berhenti 3 pagi tadi dan air mula surut serta tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

 

Flash floods in Seberang Perai force evacuations as heavy rain lashes Penang districts

BUKIT MERTAJAM, April 21 — Several areas in the Seberang Perai Tengah and Seberang Perai Utara districts were hit by flash floods early this morning following more than three hours of heavy rain.

The affected areas included Taman Guar Perahu, Kampung Pelet, Penanti, Jalan Permatang Nibong, Permatang Pasir, and Kubang Semang.

Floodwaters also inundated Kampung Telok near the Sungai Lokan Industrial Area and Taman Desa Murni in Sungai Dua, Merbau Kudung, Pajak Song, and parts of Butterworth.

A Civil Defence Force (APM) spokesperson said a temporary relief centre (PPS) was opened at Dewan Permatang Pasir at 7am to shelter 42 victims from 13 families.

He said the APM received initial reports of flash floods and rising water levels in parts of Kubang Semang at 2am, following heavy rain that occurred around 1am.
 

“Early evacuation was carried out by moving affected residents to Masjid Kubang Semang before they were transferred to the PPS once it was opened at 7am,” he said in a statement.

He added that the rain stopped around 3am and floodwaters have begun to recede, with no injuries or fatalities reported. — Bernama

Fire and rescue stations nationwide on standby for monsoon transition

KOTA BARU: All 342 fire and rescue stations nationwide have been instructed to be on standby for the southwest monsoon transition.

Fire and Rescue Department director-general Datuk Nor Hisham Mohammad said the directive was issued following recent flash floods in Selangor, Johor and Sabah.

"The country is currently experiencing the transition to the southwest monsoon, and we expect more extreme weather conditions.

"The current weather patterns, including flash floods, were anticipated. Therefore, I have instructed all fire and rescue stations nationwide to be prepared," he said.

Nor Hisham was speaking to reporters after attending the Excellent Service Award ceremony at the Kelantan Fire and Rescue Department headquarters here today.

He added that the department was concerned that flash floods during the monsoon transition could cause significant losses.
 

Firefighters have also been instructed to continue monitoring flood-prone areas nationwide, he said.

Nor Hisham said the department had identified 1,181 personnel nationwide as obese, while another 229 were found to have various health issues.

He said the individuals were identified through wellness programmes conducted since last year, which included body mass index (BMI) screenings.

"Of the 1,410 personnel who took part in the programme, more than 300 successfully reached the targeted BMI range.

"The department has more than 14,000 personnel nationwide, and 23 per cent of them fall under the obese and health-risk category.

"Following the programme, 306 personnel managed to meet the required BMI standards," he said.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search