Sasar hujan di Empangan Air Itam, Teluk Bahang
- Admin UKK
- Berita
Georgetown: Operasi pembenihan awan di Pulau Pinang yang dilakukan sejak kelmarin menyasarkan hujan sebanyak mungkin di kawasan tadahan air (KTA) di Empangan Air Itam dan Teluk Bahang, di sini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) K Pathmanathan, berkata operasi itu akan diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta dikendalikan pasukan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Beliau memaklumkan, dalam tempoh 1 Februari hingga 27 Februari lalu pihaknya hanya merekodkan taburan hujan masing-masing 45 milimeter (mm)di KTA Empangan Air Itam dan 71.5mm di KTA Teluk Bahang.
“Kapasiti efektif Empangan Air Itam ialah 37 peratus hari ini (semalam) berbanding 68.9 peratus pada 1 Januari lalu iaitu menyusut sebanyak 31.9 peratus. Manakala kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang ketika ini 79.6 peratus berbanding 95.4 peratus dalam tempoh sama.
“Oleh itu, sebarang jumlah hujan akan berguna kerana kami berusaha mempertahankan rizab air mentah empangan ini sehingga musim hujan akan datang,” katanya semalam.
Pathmanathan berkata,
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Nadma, TUDM, SPAN dan kerajaan negeri Pathmanathan
berdasarkan pemberitahuan rasmi daripada Badan Kawal Selia Bekalan Air Pulau Pinang (BKSA) penjadualan dan pelaksanaan operasi pembenihan awan di negeri itu tertakluk kepada keadaan atmosfera dan awan.
Tambahnya, tahun lalu, operasi pembenihan awan yang dijalankan secara berturut-turut pada Mei dan
Jun menyumbang kepada sejumlah 30.5mm hujan di KTA Empangan Air Itam sekali gus membantu memastikan tiada krisis air di kawasan Air Itam pada 2023.
“Justeru, kami mengucapkan terima kasih kepada Nadma, TUDM, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri atas maklum balas pantas mereka terhadap permintaan pembenihan awan yang dibuat awal bulan ini,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan kapasiti efektif Empangan Air Itam terus mengalami penyusutan membimbangkan dengan ia dijangka dapat bertahan dalam tempoh 32 hari.
Dalam pada itu, Pathmanathan berkata, setakat hari ini, paras sungai Sungai Muda ialah 2.23 meter dengan PBAPP sedang mengabstrak air mentah dari sungai berkenaan untuk menyokong pengeluaran air optimum di Loji Rawatan Air Sungai Dua.
“Sementara itu, kapasiti Empangan Muda dan Empangan Beris yang melepaskan air ke Sungai Muda dilaporkan masing-masing berada pada kapasiti 63.2 peratus dan 100 peratus,” katanya.