PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Sedia tujuh pusat peperiksaan alternatif

Sedia tujuh pusat peperiksaan alternatif

Kota Bharu: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menyediakan tujuh pusat peperiksaan alternatif untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekiranya berlaku banjir di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz berkata, tujuh pusat peperiksaan yang berisiko banjir membabitkan enam di Pasir Mas dan satu di Tumpat.

Katanya, antara sekolah yang terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; Maahad Muhamadi Rantau Panjang membabitkan calon SPM dan STPM.

“Manakala lima lagi sekolah berisiko banjir hanya membabitkan calon SPM iaitu Sekolah Meakan nengah Ugama (A) Diniah, Sekolah Menengah Ugama (A) AI-Falah Siram, SMK Meranti, Sekolah Menengah

Ugama (A) Tarbiah Diniah Meranti dan Sekolah Menengah Ugama (A) Nurul Huda, Kajang

Sebidang di Tumpat.

“Melalui pelan tindakan banjir, pusat peperiksaan di SMK Rantau Panjang

dikekalkan dan dipindahkan ke aras bangunan lebih tinggi, Maahad Muhamadi Rantau Panjang dipindahkan ke SMK Gual Periok dan Sekolah Menengah Ugama (A) Diniah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati.

“Selain itu, Sekolah Menengah Ugama (A) AI-Falah Siram ke Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Chicha manakala SMK Meranti dan Sekolah Menengah Ugama (A) Tarbiah Diniah Meranti masing-masing di SK Meranti sementara Sekolah Menengah Ugama (A) Nurul Huda, Kajang Sebidang di Tumpat ke SMK Chabang Empat,” katanya kepada

pemberita ketika sidang media selepas tinjuan hari pertama SPM 2023 di SMK) Dato’ Ahmad Maher, di sini semalam.

Katanya, dianggarkan lebih 600 calon terjejas banjir dipindahkan ke pusat peperiksaan alternatif terdekat jika sekolah mereka dinaiki air.

“Bagi pusat yang mempunyai asrama, calon ditempatkan di asrama manakala bagi sekolah yang tidak ada asrama akan ditempatkan di pusat alternatif.

“Pihak JPN sudah mengarah pengurus peperiksaan sekolah memaklumkan kepada calon agar hadir ke pusat peperiksaan ditetapkan jika banjir.

“Pusat asal ditenggelami banjir akan ditutup dan peperiksaan dijalankan di pusat alternatif,” katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search