PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Perkarangan Masjid Darul Falah digenangi banjir termenung

Perkarangan Masjid Darul Falah digenangi banjir termenung

KUALA SELANGOR: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan perkarangan Masjid Darul Falah, Kampung Bukit Hijau, Jeram, di sini, ditenggelami banjir.

Lebih memburukkan keadaan apabila ia datang serentak bersama 'banjir termenung' yang berlaku sejak seminggu lalu.

Nazir masjid, Selamat Asir berkata, banjir itu menyebabkan jemaah terpaksa meletakkan kenderaan mereka jauh dari masjid.

"Sejak beberapa hari lalu, kami melihat cuaca tidak begitu baik. Kemuncaknya semalam apabila hujan berterusan menyebabkan banjir memenuhi kawasan perkarangan masjid.

"Untuk makluman, ini kejadian kedua berlaku dan kebarangkalian peluang untuk air surut adalah tipis," katanya ketika ditemui hari ini.

Selamat berkata, walaupun keadaan masih terkawal pihak pengurusan masjid bimbang jika hujan berterusan.

"Masa banjir kali pertama, hanya beranda luar sahaja ditenggelami air. Kali ini, tandas lelaki pula tenggelam dan tidak boleh digunakan.

"Jemaah juga berdepan kesukaran di mana sebahagian daripada mereka kurang selesa iaitu gatal kaki kerana meredah air banjir," katanya.

Beliau berkata, masjid itu boleh memuatkan lebih 700 jemaah untuk menunaikan solat.

Katanya, pihaknya bercadang untuk mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan masjid jika air surut sepenuhnya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search