PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Anwar arah penyelenggaraan saliran lebih kerap, tangani banjir

Anwar arah penyelenggaraan saliran lebih kerap, tangani banjir

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan segera diambil bagi meningkatkan kekerapan penyelenggaraan berkala sistem saliran, khususnya di kawasan berisiko banjir dan banjir kilat di Kuala Lumpur serta Selangor.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta beberapa pihak berkaitan bagi meneliti usaha menangani masalah banjir di kedua-dua negeri berkenaan.

"Mesyuarat dimaklumkan, penyelenggaraan saliran diadakan enam kali setahun di Kuala Lumpur.

"Jadi di pihak Selangor ada permintaan penyelarasan termasuk apa bentuk bantuan yang boleh disediakan untuk tingkatkan jumlah penyelenggaraan. Ia terutama bagi kawasan-kawasan yang dianggap 'hotspot' banjir dan banjir kilat terutamanya," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Fahmi berkata, walaupun beberapa projek tebatan banjir sedang dilaksanakan dengan peruntukan disediakan, projek berkenaan mengambil masa untuk disiapkan.

Justeru katanya, penyelesaian sementara termasuk meningkatkan kekerapan penyelenggaraan sistem saliran perlu dilaksanakan segera bagi mengurangkan risiko banjir.

"Dimaklumkan bahawa projek-projek tebatan banjir, peruntukan sudah disediakan dan kerja-kerja sedang berjalan tapi ia akan makan masa.

"Jadi sementara waktu Perdana Menteri bersetuju supaya tindakan segera penyelenggaraan berkala yang lebih kerap dilaksana bermula sekarang," katanya.

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search