PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

‘Kualiti udara KL lagi bagus daripada New Zealand’

‘Kualiti udara KL lagi bagus daripada New Zealand’

PETALING JAYA – Kualiti udara di Kuala Lumpur pada pagi tadi menunjukkan bacaan 23, dipercayai lebih baik berbanding keadaan di Wellington, New Zealand yang mencatatkan bacaan 49 pada platform pemantauan global IQ Air.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Thread Zevtam, dia memuat naik tangkap layar bacaan diambil daripada IQ Air yang menunjukkan, kedua-dua ibu negara ini mencatatkan angka pada tahap kategori baik pagi tadi.

“Korang tahu tak, kualiti udara KL pagi tadi lagi bagus daripada New Zealand, serius,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Thread yang bersyukur apabila langit ibu negara semakin pulih daripada jerebu tersebut.

“Hujan lebat semalaman, hujan turun penuh rahmat,” kata Akmalrumahlelong.

“Pagi tadi, seronok tengok awan dengan langit biru. Dah berbulan tak nampak macam ni, hari ni tengok macam syukurnya ya Allah,” kata N.fiqaaa yang berkongsi video langit Kuala Lumpur dari bilik hotelnya.

“Alhamdulillah, semalam dan hari ni bersih sangat langit. Dengan suhu yang sejuk, nyaman,” kata Ieykaamiranda.

Memetik Facebook Malaysia Mendidik, platform IQ Air memaparkan Indeks Kualiti Udara (AQI), lazimnya menggunakan skala AQI Amerika Syarikat.

Bacaannya boleh berasaskan kepekatan zarah halus PM2.5, menggabungkan data daripada pelbagai sumber, termasuk stesen rasmi dan sensor pihak ketiga.

Ia sesuai untuk pemantauan tambahan dan meningkatkan kesedaran tentang pencemaran udara.

IQ Air juga berbeza dengan sistem APIMS dikendalikan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang memaparkan Indeks Pencemar Udara (IPU) berdasarkan kaedah pengiraan Malaysia.

Ia menggunakan rangkaian stesen pemantauan kualiti udara rasmi serta menjadi rujukan rasmi bagi pelaksanaan tindakan dan keputusan pihak berkuasa Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search