PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kebakaran hutan: Indonesia kenakan sekatan terhadap 32 syarikat

Kebakaran hutan: Indonesia kenakan sekatan terhadap 32 syarikat

JAKARTA – Kementerian Perhutanan Indonesia mengenakan sekatan pentadbiran terhadap 32 syarikat yang disyaki terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah merangkumi kawasan konsesi gabungan seluas 1.93 juta hektar, lapor Xinhua memetik Menteri Perhutanan Raja Juli Antoni semalam.

Kira-kira 18,000 hektar tanah dalam kawasan konsesi terjejas telah terbakar, kata Antoni sambil menambah bahawa langkah terbaharu itu termasuk menggantung operasi enam syarikat dan mengarahkan mereka untuk memulihkan ekosistem yang rosak.

Kementerian itu juga boleh meneruskan prosiding jenayah terhadap syarikat terbabit sekiranya siasatan mendapati wujud bukti pelanggaran undang-undang, katanya.

Antoni berkata, kementerian berkenaan sedang mengendalikan 120 kes berkaitan kebakaran hutan dan tanah, dengan perkembangan lanjut dijangka dimaklumkan minggu depan.

— BERNAMA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search