PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

SMART, bomba terima pingat khas kenang jasa dalam misi bantuan Turkiye

SMART, bomba terima pingat khas kenang jasa dalam misi bantuan Turkiye

PUTRAJAYA, 25 Julai – Seramai kepada 248 anggota terdiri pelbagai anggota badan beruniform dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menerima pingat khas dalam Majlis Penganugerahan ’Pingat Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana’, hari ini.

 

Majlis yang julung kali diadakan disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali yang berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam ucapannya, beliau berkata, pingat itu bagi mengiktiraf peranan disumbangkan oleh wira-wira negara sewaktu berada di Turkiye yang terdiri daripada pelbagai anggota pasukan penyelamat di Turkiye. 

Malah, penganugerahan tersebut diberikan selepas pengumuman Perdana Menteri di Parlimen pada 16 Februari yang lalu bagi mengiktiraf peranan yang disumbangkan wira negara.

Pada majlis berkenaan, Azmizan memberitahu kerajaan kini sedang meneliti syor bagi menggazetkan pingat khidmat khusus yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini kepada anggota badan beruniform yang melakukan misi kemanusian dijadikan sebagai pingat persekutuan

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba II Mohamed Yaacob Yusoff berkata, ini merupakan pengiktirafan yang paling bermakna baginya dalam tempoh 28 tahun perkhidmatannya sebagai anggota badan beruniform.

“Saya pernah menyertai pelbagai misi sepanjang saya berkhidmat, dan ketika di sana ia merupakan antara misi yang paling mencabar memandangkan  perlu melakukan misi berkenaan dalam keadaan sejuk sehingga mencecah -16 darjah Celcius.” ujarnya.

Bagi Penguasa Kanan Bomba 1, Mohammad Khairul Jamil, penganugerahan yang diterima  adalah pengeiktirafan yang pertama kali diberikan kerajaan kepada anggota bomba yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan misi kemanusian.

“Saya cukup teruja dan sangat menghargai usaha kerajaan yang mengiktiraf usaha kami sepanjang berada di Turkiye Februari lalu.” katanya.- NASIONAL KINI

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search