Agensi kerajaan cepat bertindak susulan gempa bumi kuat Filipina
- Admin UKK
- Berita
MANILA: Operasi menyelamat mangsa-mangsa di selatan Filipina dilakukan segera selepas gempa bumi melanda pada awal pagi Isnin, meruntuhkan bangunan dan mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang.
Presiden Ferdinand Marcos Jr. telah mengarahkan tindakan segera daripada semua agensi kerajaan berkaitan susulan gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud yang melanda Maasim pada pagi pukul 7.37 pagi waktu tempatan.
Dalam satu kenyataan, Marcos turut mengarahkan penangguhan semua sesi persekolahan di semua peringkat di kawasan yang terjejas di seluruh Mindanao sehingga diberitahu kelak.
Beliau juga berkata kerajaan sedang mengekalkan penyelarasan rapat dengan pejabat wilayah dan ketua eksekutif tempatan dalam situasi itu.
Marcos juga menegaskan bahawa Pejabat Pertahanan Awam dan Majlis Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan sedang menyelaras tindak balas serta memantau usaha di kawasan yang terjejas.
Beliau berkata, Jabatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial telah diarahkan untuk menempatkan lebih awal bekalan bantuan serta memastikan pusat pemindahan bersedia untuk digunakan.
Jabatan Kerja Raya dan Lebuh Raya juga telah diletakkan dalam keadaan bersedia untuk menilai kemungkinan kerosakan pada jalan raya, jambatan, infrastruktur kritikal lain, serta membersihkan laluan yang diperlukan untuk operasi menyelamat termasuk bantuan, kata Marcos.
Bekalan elektrik turut terputus dan orang ramai diarahkan berpindah ke kawasan lebih tinggi. Sekurang-kurangnya 134 orang cedera, menurut jurucakap pejabat pertahanan awam.
Gempa bumi itu mencetuskan amaran tsunami di Filipina, Indonesia dan Jepun manakala ombak kecil antara beberapa sentimeter hingga 1.4 meter kemudian direkodkan.
Australia dan New Zealand juga mengeluarkan amaran sebelum menariknya semula Rakaman video dan imej menunjukkan bangunan termasuk restoran musnah menjadi runtuhan
Gempa berlaku ketika permulaan tahun persekolahan baharu di Filipina. Kelas di kawasan terjejas digantung, kata Marcos. – AGENSI
