PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Dua empangan di Kedah, Perlis masing-masing tahap waspada, kritikal

Dua empangan di Kedah, Perlis masing-masing tahap waspada, kritikal

KUALA LUMPUR: Masing-masing dua empangan berada pada paras waspada dan kritikal berikutan cuaca panas yang melanda bahagian utara Semenanjung.

Di Kedah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata Empangan Ahning dengan takungan direkodkan 99.14 meter dan Malut (takungan semasa pada 68.82 meter) berada pada tahap waspada.

"Empangan Beris pula menunjukkan tahap amaran dengan paras semasa 78.18 meter, manakala Empangan Muda menunjukkan paras semasa pada 86.43 meter bersamaan 8.75 peratus simpanan semasa yang berada di paras kritikal.

Empangan di Perlis iaitu Timah Tasoh turut berada pada paras kritikal dengan 26.31 meter bagi takungan paras semasa.

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk menyegerakan pelaksanaan operasi pembenihan awan (OPA) di negeri-negeri yang berada pada tahap kritikal ketika cuaca berkenaan, khususnya Kedah dan Perlis.

 

Justeru, NADMA yang mengetuai operasi berkenaan turut mengambil maklum mengenai arahan itu terhadap negeri tertumpu yang berada pada tahap kritikal, khususnya Kedah dan Perlis.

"Sememangnya pelaksanaan OPA adalah salah satu langkah proaktif bagi meningkatkan taburan hujan susulan cuaca panas yang melanda negara ketika ini terutamanya di kawasan empangan.

"Namun beberapa aspek teknikal dan keadaan atmosfera menunjukkan ciri-ciri yang sesuai perlu dipertimbangkan sebelum pelaksanaannya dapat dilakukan supaya membuahkan hasil seperti yang dikehendaki," katanya.

NADMA berkata perbincangan segera bersama MetMalaysia akan dilaksanakan sebelum memuktamadkan pelaksanaan OPA di kawasan yang terjejas.

Selain MetMalaysia, agensi berkenaan turut bercadang untuk melaksanakannya bersama SPAN serta Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah empangan yang semakin berlarutan akibat cuaca panas.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search