PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Lebih 400 anggota APM siap siaga risiko bencana susulan angin baratan

Lebih 400 anggota APM siap siaga risiko bencana susulan angin baratan

KUALA LUMPUR: Seramai 427 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan negeri di utara Semenanjung dijangka mengalami angin baratan yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang.

Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed, berkata bagi berdepan cuaca itu yang dijangka berlaku sehingga Rabu ini, petugas akan digerakkan setiap hari bagi memantau lokasi panas atau 'hotspot' dan kawasan yang mungkin berlaku runtuhan, kenaikan air dan sebagainya.

"Saya merancang untuk minta mereka melihat kemungkinan pokok tumbang disebabkan angin kencang. Sekiranya ada, kita akan maklumkan kepada pihak berkenaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan," katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan dikeluarkan 9 pagi tadi memaklumkan keadaan berterusan sehingga Rabu ini akan turut meliputi Kelantan dan Terengganu.

"JBPM akan melakukan rondaan melalui Safety Water and Rescue Team (SWART) di sebelah Pantai Timur untuk memastikan dan memberikan ingatan kepada orang ramai agar tidak mengunjungi kawasan pantai dan melakukan apa jua aktiviti termasuk bermandi-manda manakala masyarakat nelayan tidak turun ke laut," katanya.

Berdasarkan tinjauan di negeri terbabit, ramai sedar dengan perubahan cuaca dan telah membuat persediaan dengan sendiri.

Di KEDAH, sedar dengan keadaan cuaca hujan dan angin kencang yang berlaku sejak beberapa hari lalu, Mazlan Abu Bakar, 61, dari Kampung Alor Serdang di Alor Setar mengambil keputusan membatalkan hasrat keluar memancing di Kuala Sala, dekat Kuala Kedah kerana bimbang dengan keselamatan.

"Setiap hari saya buka laman media sosial MetMalaysia untuk lihat ramalan cuaca…difahamkan keadaan hujan lebat dan angin kencang ini akan berterusan lagi beberapa hari, jadi kami buat keputusan untuk batalkan perjalanan memancing yang sudah dirancang sejak lebih seminggu lalu," katanya.

Di KELANTAN, kebanyakan penduduk di sekitar jajahan Pasir Puteh mengambil pendekatan menebang pokok yang hampir dengan kediaman sebagai persiapan menghadapi kejadian ribut petir, sejak seminggu lalu.

Antaranya, penduduk Kampung Bukit Abal, Azman Ismail, 36, yang berkata kerja menebang itu dilakukan bagi mengelak pokok menghempap kediaman apabila berlaku ribut.

Di TERENGGANU, seorang nelayan dari Kampung Pangkalan Maras, Nik Mohd Hasni Chik, 54, berkata sebagai penduduk di kawasan pinggir pantai, dia sentiasa peka dan mengikuti perkembangan cuaca di laman web Met Malaysia.

"Walaupun musim tengkujuh sudah berlalu, kami kena sentiasa peka dengan amaran cuaca. Tetapi kami tetap akan ke laut pada sebelah pagi dan pulang tengah hari, tidak ada masalah kerana amaran itu pada sebelah petang," katanya.

Di PULAU PINANG, seorang penduduk di Kampung Kijang Bukit Mertajam, R Emily, 64, berkata beliau sedar dengan perubahan cuaca dan akan membuat persiapan diperlukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan beliau tinggal di kawasan yang selalu berlakunya banjir.

"Sekarang saya sudah tahu pasal ini dan saya akan membuat persediaan dan persiapan yang diperlukan. Pertama sekali, saya akan meletakkan dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat," katanya. – BERNAMA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search