PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Sampah tebal sukarkan pemadaman kebakaran tapak pelupusan haram di Baling

Sampah tebal sukarkan pemadaman kebakaran tapak pelupusan haram di Baling

BALING, 28 Jan: Lapisan sisa buangan yang tebal di tapak pelupusan yang beroperasi secara haram di Kampung Besah, Mukim Tawar dekat sini, menyukarkan kerja-kerja pemadaman api.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata tapak pelupusan yang dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lepas itu dikorek terlebih dahulu sebelum sampah dibuang di situ.

“Waktu sebenar kebakaran berlaku belum dapat disahkan memandangkan panggilan ke talian 999 juga dibuat lewat.

“Selepas 31 jam, api masih belum dapat dipadamkan… lapisan buangan sangat tebal… kawasan ini dipercayai telah dikorek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemilik tanah itu diminta untuk membantu menyediakan peralatan seperti jentera bagi membantu memadam kebakaran.

“Pemilik tanah juga diminta mendapatkan tanah untuk tujuan pemadaman memandangkan penggunaan air dilihat kurang berkesan.

“JAS akan mendapatkan alat pengesan gas CEREX dan memasangkannya di lokasi sensitif berdekatan seperti sekolah,” katanya.

Beliau berkata kerja-kerja pemadaman dijangka disambung semula esok.

Media sebelum ini melaporkan tapak pelupusan sampah yang beroperasi secara haram itu mula terbakar sejak semalam.

JAS Kedah dalam kenyataan berasingan hari ini memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 29A (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. -TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search