PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir pulih, semua PPS di Sarawak ditutup

Banjir pulih, semua PPS di Sarawak ditutup

KUCHING, 4 Jan: Situasi banjir di Sarawak pulih selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), PPS tersebut di Dewan Masyarakat Trusan di Lawas melibatkan 25 mangsa.

Lapan lagi PPS di Dewan Masyarakat Stapok melibatkan 97 mangsa,Β Dewan Kampung Sinar Budi Baru (104 mangsa) dan Dewan Surau Nurul Najihin Stapok (55 mangsa).

Selain itu Dewan Serbaguna Taman Malihah melibatkan 132 mangsa, SJK Chung Hua Sungai Tengah (188 mangsa banjir dan tiga mangsa tanah runtuh), SJK Chung Hua Batu Kawa (211 mangsa), Masjid Darul Istiqlaal (128 mangsa) dan Surau Ar Rahman Kampung Sungai Batu.-TVS

Β 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search