PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Bayi antara 16 mangsa banjir ditempatkan di PPS

Bayi antara 16 mangsa banjir ditempatkan di PPS

LAWAS, 2 Jan: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Trusan dibuka malam tadi dengan menempatkan 16 mangsa banjir termasuk seorang bayi dari Kampung Siang-Siang Lawas.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lawas Leftenan (PA) Maradona Tatah berkata, PPS itu dibuka pada jam 11 malam susulan hujan lebat yang melanda daerah itu semalam.

β€œSeramai 16 orang mangsa banjir dari Kampung Siang-Siang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Trusan setakat pagi ini.

β€œJumlah itu merangkumi seorang bayi, seorang warga emas, lima kanak-kanak dan sembilan dewasa membabitkan tiga buah keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hujan yang berterusan dari petang hingga malam tadi menyebabkan kenaikan air sungai siang-siang dan air yang pasang bertembung dengan hujan telah menyebabkan air sungai melimpah ke jalan. -TVS

Β 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search