PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Jumlah mangsa banjir terus meningkat di enam negeri

Jumlah mangsa banjir terus meningkat di enam negeri

KUALA LUMPUR: Seramai 2,061 mangsa banjir membabitkan 591 keluarga di enam negeri dicatatkan setakat jam 10 malam ini, berbanding 926 mangsa pada jam 6 petang tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 23 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam negeri yang terjejas iaitu Pahang, Sabah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Sarawak.

Mangsa banjir di Pahang semakin meningkat berbanding negeri lain iaitu seramai 1,616 orang yang ditempatkan di 11 PPS di dua daerah iaitu Kuantan (sembilan PPS) dan Maran (satu PPS).

 

Sementara itu, Terengganu mencatatkan 105 mangsa membabitkan enam PPS dibuka di satu daerah iaitu Kemaman, diikuti Sabah iaitu seramai 221 mangsa dengan hanya satu PPS dibuka di Tawau.

Di Kelantan pula, jumlah mangsa setakat ini ialah 54 orang membabitkan 19 keluarga dan ditempatkan di satu PPS iaitu di Gua Musang, manakala Selangor seramai 47 mangsa ditempatkan di satu PPS di Gombak.

Selain itu, di Sarawak hanya 18 mangsa ditempatkan di tiga PPS di daerah Miri.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Selangor (Kuala Langat dan Sepang), Putrajaya, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Bagi Sabah, amaran membabitkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat), serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga jam 11 malam ini.

Menerusi laman web rasmi Puclic Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, sungai di Pahang iaitu Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan dan Perak iaitu Sungai Slim di Slim River mencatatkan aras air tahap bahaya, setakat jam 9.45 malam ini.

 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search