PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir kilat di Kampung Gahat Mawang surut, tiada mangsa dipindah

Banjir kilat di Kampung Gahat Mawang surut, tiada mangsa dipindah

SERIAN, 14 Dis: Dua buah rumah di Kampung Gahat Mawang, Tebedu, dilaporkan dinaiki air setinggi dua kaki di bahagian dapur susulan kejadian banjir kilat yang berlaku sekitar jam 4 petang hari ini.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, banjir dipercayai berpunca daripada limpahan air sungai berhampiran berikutan hujan lebat.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian yang diketuai oleh PBK II (TBBK I) Anderson Bansey August tiba di lokasi sekitar jam 5.58 petang dan menjalankan pemantauan di kawasan terjejas.

“Hasil pemantauan mendapati banjir telah surut sepenuhnya dan keadaan cuaca ketika itu masih hujan renyai-renyai. Tiada sebarang operasi pemindahan dilakukan memandangkan situasi terkawal,” kata kenyataan itu.

Operasi pemantauan tamat sepenuhnya pada jam 6.50 petang. Turut serta dalam pemantauan adalah anggota PDRM dan Unit Keselamatan Pembangunan Sosial (UKPS).

JBPM Sarawak menasihatkan orang awam agar sentiasa berwaspada ketika musim hujan dan segera melaporkan sebarang kejadian banjir atau kecemasan kepada pihak berkuasa.-TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search