PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

71,134 pengguna di Perlis nikmati 10,000 liter air percuma Disember ini

71,134 pengguna di Perlis nikmati 10,000 liter air percuma Disember ini

KANGAR: Kerajaan negeri memberikan rebat untuk penggunaan 10,000 liter air kepada semua pengguna domestik di negeri ini.

Rebat berkenaan bagi bil Disember ini membabitkan 71,134 akaun pengguna, sekali gus sebagai salah satu usaha kerajaan negeri membantu meringankan beban rakyat yang terjejas dengan banjir di Perlis.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, pemberian berkenaan diharap dapat membantu proses pemulihan pasca banjr khususnya untuk membersihkan rumah yang terjejas.

“Banjir baru-baru ini menyaksikan banyak kawasan yang terjejas dengan masalah tekanan air rendah selain kerosakan infrastruktur.

“Usaha ini bagi membantu mereka membersihkan rumah, mencuci semula barang-barang serta mengatasi masalah tekanan air rendah,” katanya di sini hari ini.

Banjir melanda Perlis baru-baru ini yang disifatkan terburuk dalam tempoh 15 tahun meninggalkan kesan kemusnahan dahsyat dengan kerugian dianggarkan melebihi RM200 juta.

Dalam tempoh tiga hari bermula 23 hingga 25 November lalu menyaksikan Perlis dalam keadaan kritikal dengan hampir keseluruhan negeri ditenggelami air sehingga 9,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) manakala 14,785.56 hektar sawah tenggelam dan lokasi pelancongan, sekolah, hospital dan pejabat kerajaan menghadapi kerosakan serius.

Mohd. Shukri berkata, kerja-kerja pembaikan menyeluruh terhadap infrastruktur bekalan air yang terjejas ekoran banjir telah dilaksanakan.

“Namun beberapa kawasan sekitar seperti Sungai Chuchuh masih mengalami tekanan rendah. Insya-Allah ia akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.-UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search