MetMalaysia sahkan gempa bumi lemah di Borneo
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gempa bumi lemah berlaku di Borneo pukul 6.37 petang tadi.
Menurut MetMalaysia, gegaran dengan magnitud 4.8 itu dikesan pada jarak 227 kilometer (km) dari Sapulut, Sabah pada kedalaman 10 km.
“Gegaran mungkin dirasai di Selatan Sabah. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” jelas agensi itu menerusi kenyataan media sebentar tadi. – TVS.
