Korban Wutip meningkat 7 orang
- Admin UKK
- Berita
HANOI – Angka kematian di Vietnam akibat hujan lebat dan banjir yang dibawa Taufan Wutip meningkat kepada tujuh orang, kata pihak berkuasa hari ini.
Wutip tiba di daratan di selatan China hujung minggu lalu bersama angin kencang selaju 128 kilometer sejam sebelum lemah dan bertukar kepada ribut tropika.
Tujuh orang terkorban, 100 rumah rosak dan hampir 60,000 hektar tanaman ditenggelami air di tengah Vietnam, demikian menurut kemas kini pihak berkuasa pengurusan bencana hari ini.
Vietnam dilanda kira-kira 12 ribut tropika setiap tahun, tetapi pada bulan Jun, ribut biasanya menjejaskan utara Vietnam dan beransur-ansur bergerak ke selatan negara itu menjelang hujung tahun.
Lewat minggu lalu, tengah Vietnam termasuk bandar warisan dunia Hoi An, mengalami banjir serius yang menyebabkan kematian, mengganggu lalu lintas dan merosakkan tanaman.
Tahun lalu pula, bencana alam meragut 514 nyawa di Vietnam, tiga kali ganda lebih banyak berbanding 2023.