PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tragedi Kuari Cirebon: Satu lagi mayat mangsa ditemukan

Tragedi Kuari Cirebon: Satu lagi mayat mangsa ditemukan

Jakarta: Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di kuari batu Gunung Kuda, Jawa Barat ditemukan, menjadikan jumlah kematian akibat tragedi itu kini adalah 20 orang, menurut agensi bencana Indonesia pada Isnin.

Mangsa, seorang lelaki berusia 51 tahun dari kampung Girinata di daerah kecil Dukuputang ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 10.30 pagi waktu tempatan, kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Abdul Muhari.

"Lima orang masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan," katanya dalam satu kenyataan.

Tanah runtuh yang melanda kuari batu kapur di Kabupaten Cirebon pada 30 Mei lepas menyebabkan puluhan pekerja tertimbus di bawah runtuhan batu.

Pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan darurat dari 30 Mei hingga 6 Jun, dengan pasukan polis, tentera dan penyelamat berganding bahu dalam operasi menyelamat.

BNPB turut menggesa pasukan penyelamat mengutamakan aspek keselamatan susulan kebimbangan akan berlaku runtuhan susulan, manakala penduduk berhampiran kawasan terjejas dinasihatkan agar berwaspada dan menjauhi lokasi kejadian.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search