PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Glasier runtuh benamkan sebahagian Kampung Blatten

Glasier runtuh benamkan sebahagian Kampung Blatten

BERN – Kampung Blatten di Switzerland musnah sebahagiannya selepas sebahagian besar glasier terhempas ke dalam lembah.

Walaupun kampung itu telah dipindahkan beberapa hari lalu kerana kebimbangan glasier Birch akan hancur, seorang telah dilaporkan hilang, dan banyak rumah telah ratasepenuhnya.

Datuk Bandar Blatten, Matthias Bellwald, berkata “perkara yang tidak dapat dibayangkan telah berlaku”.

Pihak berkuasa tempatan telah meminta sokongan daripada unit bantuan bencana tentera Switzerland yang sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian.

Bencana yang menimpa Blatten adalah mimpi ngeri terburuk bagi komuniti di seluruh Alps.
 

Kira-kira 300 penduduk kampung itu terpaksa meninggalkan rumah mereka pada 19 Mei selepas pakar geologi memantau kawasan itu memberi amaran glasier kelihatan tidak stabil.

Kini ramai daripada penduduk yang mungkin tidak akan dapat kembali ke kediaman masing-masing.

Kerajaan Switzerland telah pun menjanjikan pembiayaan untuk memastikan penduduk boleh tinggal, jika tidak di kampung itu sendiri, sekurang-kurangnya dalam kawasan tersebut.

Bagaimanapun, ketua pejabat wilayah, Raphael Mayoraz memberi amaran amaran bahawa pemindahan lanjut di kawasan berhampiran Blatten mungkin perlu dilaksanakan.

Perubahan iklim menyebabkan glasier – sungai ais beku mencair lebih cepat dan pantas dan permafrost, yang sering digambarkan sebagai gam yang menyatukan gunung tinggi, juga mencair.

Rakaman dron menunjukkan sebahagian besar glasier Birch runtuh pada kira-kira 3.30 petang (14:30 BST) pada hari Rabu.

Saliran lumpur yang melanda Blatten kedengaran seperti laungan ketika ia menyapu turun ke lembah meninggalkan awan debu yang sangat besar.

Pakar glasiologi yang memantau pencairan telah memberi amaran selama bertahun-tahun bahawa beberapa bandar dan kampung alpine mungkin berisiko, dan Blatten bukanlah penduduk pertama yang dipindahkan.

Di timur Switzerland, penduduk kampung Brienz telah dipindahkan dua tahun lalu kerana lereng gunung di atas mereka runtuh.

Sejak itu, mereka hanya dibenarkan pulang untuk tempoh yang singkat.

Pada 2017, lapan pejalan kaki terbunuh, dan banyak rumah musnah, apabila tanah runtuh terbesar dalam lebih satu abad jatuh dekat dengan kampung Bondo.

Laporan terkini mengenai keadaan glasier Switzerland mencadangkan semuanya boleh hilang dalam tempoh satu abad, jika suhu global tidak dapat dikekalkan dalam kenaikan 1.5C di atas paras pra-perindustrian, yang dipersetujui sepuluh tahun lalu oleh hampir 200 negara di bawah perjanjian iklim Paris. – Agensi

 

 

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search