PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tindakan pantas penduduk elak kebakaran merebak ke Kampung Muara Payang

Tindakan pantas penduduk elak kebakaran merebak ke Kampung Muara Payang

SARIKEI, 23 Mei: Penduduk Kampung Muara Payang bertindak pantas memadam kebakaran hutan yang berlaku berhampiran penempatan mereka malam tadi dengan menggunakan dua unit enjin pam air.

Kejadian sekitar jam 6.50 petang itu memusnahkan lebih 10 hektar kawasan hutan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.00 malam sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, kita mendapati kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung menggunakan dua unit enjin pam air.

“Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke kawasan penempatan yang terletak kira-kira 300 meter dari lokasi kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemantauan susulan dilakukan bagi memastikan tiada lagi sisa kebakaran dan keadaan benar-benar selamat.

“Tindakan pantas penduduk bukan sahaja menyelamatkan nyawa dan harta benda, malah berjaya mengelak berlakunya kebakaran yang lebih besar,” tambahnya.

Operasi turut disertai lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu kawalan keselamatan di lokasi kejadian. – TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search