Varian JN.1 jadi punca lonjakan kes Covid-19 di Asia
- Admin UKK
- Berita
HONG KONG – Gelombang jangkitan Covid-19 mencatatkan lonjakan di rantau Asia termasuk Asia Tenggara.
Pihak berkuasa kesihatan di bandar utama seperti Hong Kong, Singapura, China, India, dan Thailand mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyarankan orang ramai supaya mengambil vaksin penggalak baharu.
Varian JN.1 dan subvarian berkaitan di bawah garis keturunan Omicron didakwa sebagai penyebab kenaikan kes Covid-19 di Asia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagaimanapun mengkategorikan JN.1 sebagai ‘varian yang menjadi perhatian’.
Perkembangan penularan wabak itu sedang dipantau, namun tiada bukti konklusif yang menunjukkan ia boleh menyebabkan penyakit lebih teruk berbanding subvarian Omicron yang lain.
Kebanyakan kes yang dilaporkan di Thailand melibatkan kumpulan individu berusia antara 30 dan 39 tahun.
Peningkatan mendadak kes tersebut dianggap sebagai penggera awal bahawa China juga tidak terkecuali daripada memasuki gelombang penularan sama yang dihadapi ketika musim panas tahun lalu. – Agensi