Kes covid-19 di Thailand berganda, Bangkok catat lebih 6,000 jangkitan
- Admin UKK
- Berita
BANGKOK: Kes COVID-19 di Thailand meningkat kepada 33,030 minggu lalu, dengan lebih 6,000 kes dilaporkan di Bangkok, menurut Jabatan Kawalan Penyakit Thailand.
Jabatan itu memaklumkan bahawa kes dicatat antara 11 hingga 17 Mei adalah lebih dua kali ganda berbanding 16,000 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.
Daripada jumlah itu, seramai 1,918 individu dimasukkan ke hospital, manakala dua kematian direkodkan masing-masing di wilayah Sukhothai dan Kanchanaburi, menurut media tempatan.
Bangkok mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 6,290, diikuti Chon Buri (2,573), Rayong (1,680), Nonthaburi (1,482), dan Samut Prakan (1,442).
Orang ramai dinasihatkan supaya memakai pelitup muka dan menjalani ujian kendiri (kit ATK) sekiranya mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit tekak atau keletihan.