PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kebakaran hutan di Kanada: 2 maut, 1,000 terpaksa berpindah

Kebakaran hutan di Kanada: 2 maut, 1,000 terpaksa berpindah

Ottawa: Dua penduduk maut, manakala 1,000 lagi terpaksa dipindahkan selepas kebakaran hutan besar melanda kawasan tengah Kanada, sekali gus mencetuskan kebimbangan berhubung musim kebakaran yang dijangka lebih mencabar tahun ini.

Polis Diraja Kanada (RCMP) berkata, mangsa maut itu terbabit dalam kebakaran berlaku di komuniti kecil Lac-du-Bonnet, wilayah Manitoba yang ketika ini mengalami cuaca luar biasa panas, kering dan berangin.

Pegawai RCMP, Chris Hastie memaklumkan, pihak berkuasa dimaklumkan mangsa terperangkap dalam kebakaran, namun pasukan penyelamat hanya dapat tiba ke lokasi pada keesokan paginya berikutan keadaan ekstrem.

"Setakat ini, tiada laporan orang lain hilang," katanya. Kebakaran itu memaksa 1,000 penduduk Lac-du-Bonnet yang terletak kira-kira 100 kilometer di utara Winnipeg dipindahkan. Beberapa arahan pemindahan lain turut dikeluarkan di kawasan sekitarnya, sejak beberapa hari lalu.

 

Pihak berkuasa memaklumkan terdapat 24 kebakaran aktif di Manitoba, dengan lima daripadanya masih tidak terkawal. Satu kebakaran di sempadan Ontario pula merebak sehingga 100,000 hektar.

Ketika ini, terdapat 92 kebakaran aktif di seluruh Kanada termasuk di British Columbia, Alberta, Saskatchewan, Manitoba dan Ontario.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search