PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Wahai Zionis, tak sedar lagi tak tahulah...

Wahai Zionis, tak sedar lagi tak tahulah...

SEJAHAT mana seseorang itu, sebusuk mana pun hatinya, pendek kata jika dialah insan yang paling kita benci, namun apabila dia ditimpa musibah atau bencana, pasti sebagai manusia biasa yang punya hati dan perasaan, secara automatik kita akan jatuh simpati. Itulah reaksi biasa seorang insan normal.

Namun, jangan terkejut jika ada juga perkara yang membuatkan kita berasa gembira atas malapetaka yang menimpa orang lain. Malah, bukan sekadar gembira, bahkan ada yang sujud syukur atas kejadian tersebut. Kedengaran kejam, tetapi inilah realitinya.

Tidak pasti sama ada perasaan ini normal atau tidak, namun apa yang Merak Jalanan perhatikan, apabila kebakaran besar melanda Israel sejak beberapa hari lalu, ramai warga maya yang menyatakan kegembiraan dengan kejadian tersebut.

Jika tidak percaya, lihat sahaja di media sosial. Langsung tidak trending hashtag #PrayForIsrael. Seolah-olah mereka tidak wujud - memang tidak wujud pun.

 

Ini kerana kekejaman yang Israel lakukan terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa jauh lebih kejam. Meskipun sudah banyak kali ditegur, dibincang, dinasihat, bahkan dipulau, Israel tetap angkuh menindas. Seakan-akan mahu menghapuskan seluruh keturunan Palestin dari muka bumi.

Tanah dirampas, nyawa tidak berdosa termasuk kanak-kanak diragut tanpa rasa bersalah. Maka apabila bencana berbentuk api menimpa golongan yang zalim ini, wajarlah kita terus berdoa agar api itu menjadi titik kesedaran bagi mereka.

Buktinya jelas. Israel yang terkenal dengan keangkuhan itu kini terpaksa merayu bantuan antarabangsa untuk memadamkan kebakaran besar yang tidak disangka-sangka. Barulah mereka sedar, di dunia ini bukan mereka yang paling kuat atau berkuasa.

Persoalannya, wajarkah Israel dibantu? Jika ditanya pada Merak Jalanan, jawapannya mudah, tidak layak dibantu.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search