PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

1,627 mangsa banjir di Sabah

1,627 mangsa banjir di Sabah

KOTA KINABALU:
 Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,627 orang daripada 488 keluarga 8 pagi tadi berbanding 1,526 orang daripada 455 keluarga petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan 1,268 orang daripada 377 keluarga di Sook masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS).

PPS itu ialah Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 671 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (272), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (208) dan Dewan Kampung Ansip Tengah (117).

Di Beaufort, 359 mangsa daripada 111 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon.

“Sebanyak 19 kampung masih terjejas banjir, iaitu 10 di Beaufort dan sembilan di Sook.”

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search