PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

1,800 pelancong Petra terperangkap banjir kilat

1,800 pelancong Petra terperangkap banjir kilat

AMMAN 5 Mei – Kira-kira 1,800 pelancong berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam banjir kilat di tapak warisan dunia Petra, Jordan.

Hujan lebat yang melanda semalam telah menyebabkan aliran deras di beberapa lembah dan kawasan rendah, memaksa pihak berkuasa menjalankan operasi pemindahan besar-besaran demi keselamatan pengunjung.

Menurut pihak berkuasa, keadaan itu mencetuskan ancaman serius kepada keselamatan pelancong yang berada di kawasan berkenaan.

Keadaan itu sekali gus menimbulkan ancaman keselamatan kepada pelancong yang berada di lokasi itu.

Imej yang dikongsikan di media sosial memaparkan air banjir melimpahi laluan utama dan kawasan bersejarah Petra yang menjadi antara tarikan pelancong utama dunia. - AFP

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search