PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

‘Rumah lompong sana sini, bantuan tak sampai-sampai’

‘Rumah lompong sana sini, bantuan tak sampai-sampai’

SUBANG JAYA – Mangsa tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights di sini terpaksa menetap di kediaman yang tidak sempurna termasuk pintu pecah kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Rata-rata ditemui Kosmo! mendapati, mereka tidak mempunyai tempat atau kediaman lain untuk berteduh.

Seorang penduduk, Muhammad Ridzuwan Salehhudin, 33, berkata, dia terpaksa tinggal di rumahnya di Kampung Tengah, Puchong yang rosak teruk kerana tidak mempunyai kediaman lain.
 

Dakwanya, ini kerana bantuan yang dijanjikan masih belum diterima, walaupun hampir dua minggu tragedi berlalu.

“Pintu rumah dah tak ada, dinding pun pecah. Tapi saya duduk juga. Hidup kena jalan. Motosikal saya rosak, borang bantuan pula tutup awal.

“Rumah dah terlopong, tapi itu saja tempat saya ada untuk berteduh. Nak tunggu bantuan, entah bila sampai. Katanya nak hantar kontraktor baiki rumah, tapi sampai sekarang tak nampak bayang,” dakwanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi penduduk, Rosmani Abdullah, 51, berkata, dia berdepan dua bencana se­rentak iaitu letupan dan banjir kilat pada minggu lalu yang menyebabkan rumah dan barangan musnah sepenuhnya.

“Hidup memang kena mula dari kosong. Perabot semua dah buang. Rumah boleh ­masuk, tapi macam rumah kosong. Bantuan pun tak tahu bila nak dapat,” katanya.

Menurutnya, kesusahan sebenar hanya akan difahami oleh mereka yang melalui detik perit itu sendiri.

“Kita duduk sini, kita tahu derita macam mana. Tapi yang urus bantuan macam tak nampak pun. Kami bukan minta mewah, cuma nak keadilan dan perhatian,” katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search