Banjir Raub: 11 rumah terjejas, 28 mangsa dipindahkan ke PPS
- Admin UKK
- Berita
RAUB – Hujan lebat berterusan menyebabkan Kampung Ulu Sungai di sini dilanda banjir pada Khamis mengakibatkan 11 rumah terjejas dan 28 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, kejadian banjir berlaku kira-kira jam 12.36 tengah malam selepas air Sungai Lipis melimpah akibat hujan lebat tanpa henti.
"Sebanyak 28 mangsa daripada 11 keluarga telah ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai," menurut kenyataan itu.
Sekretariat itu turut memaklumkan bahawa pemantauan serta pengumpulan maklumat mengenai rumah penduduk terjejas sedang dijalankan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Raub.