PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tiong King Sing sumbang 3,000 beg sekolah untuk penduduk terjejas banjir

Tiong King Sing sumbang 3,000 beg sekolah untuk penduduk terjejas banjir

BINTULU, 13 Mac- Bagi meringankan beban keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, menyumbangkan sebanyak 3,000 beg sekolah kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu.

Menerusi pegawai khasnya, Steven Kong, memberitahu sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan pihaknya dalam membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya bagi memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran akibat bencana yang melanda.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,000 beg sekolah akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Bahagian Bintulu untuk diagihkan kepada pelajar yang terkesan di 22 buah sekolah rendah dan menengah yang terbabit dalam bencana itu.

Selain itu, sebanyak 500 beg sekolah masing-masing akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Tatau dan Sebauh bagi membantu pelajar yang turut terjejas.

Sumbangan tersebut diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga yang terkesan serta memastikan para pelajar dapat kembali ke sekolah dengan kelengkapan yang mencukupi untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search