PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Hipotermia cabaran besar anggota penyelamat bantu mangsa banjir

Hipotermia cabaran besar anggota penyelamat bantu mangsa banjir

Bukan saja berhadapan dengan laluan air yang deras hingga menyukarkan bot penyelamat malah pegawai dan anggota bomba juga berisiko berdepan hipotermia akibat kesejukan melampau ketika menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir di daerah ini sejak Sabtu lalu.

Itu antara cabaran pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort dalam menjalankan tugas menyelamat mangsa banjir.

Ketua BBP Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, operasi pemindahan mangsa banjir di daerah ini dijalankan sejak Jumaat lalu.

“Kekuatan anggota dari BBP seramai 36 orang dengan dibantu pegawai dan anggota dari Kota Kinabalu, Penampang, Lintas, Putatan, Kuala Penyu dan Sipitang.

“Sejak itu, operasi dimulakan bagi proses pemindahan mangsa banjir membabitkan 24 kampung yang terjejas banjir dan memerlukan pemindahan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Antara kampung yang terjejas banjir ialah Kampung Cina, Balibata, Bakalau, Bingkul, Lumatai, Muhibbah Baru, Lupak, Batu 60, Batandok, Lago, Padas

Baru, Beaufort Selatan, Selagon, Taman Muhibbah, Kampung Padas Valley, Luagan, Kubu, Mempagar, Bangkalalak, Suasa, Lubak, Pintas, Lumadan dan Jaya Baru,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search