PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Operasi pencarian 100 mangsa hilang akibat bencana ribut di Argentina diteruskan

Operasi pencarian 100 mangsa hilang akibat bencana ribut di Argentina diteruskan

ARGENTINA: Ribut dahsyat melanda bandar pelabuhan Bahía Blanca di Argentina pada hari Jumaat (7 Mac), mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa dan menyebabkan 40 peratus penempatan di bandar itu terputus bekalan elektrik serta air, menurut laporan media tempatan.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan bahawa hujan lebat melebihi 400 milimeter melanda kawasan tersebut, memaksa pemindahan 1,443 penduduk. Pasukan kecemasan kini sedang menyiasat lebih daripada 100 laporan orang hilang sementara operasi menyelamat diteruskan.

Sebagai tindak balas terhadap bencana ini, kerajaan Argentina telah mengisytiharkan tiga hari berkabung nasional dan memperuntukkan 10 bilion peso (kira-kira AS$9.4 juta) dalam bantuan kecemasan bagi menyokong usaha bantuan segera.

Datuk Bandar Bahía Blanca, Federico Susbielles, menzahirkan kesan kemusnahan yang berlaku, menganggarkan bahawa kos pemulihan akan melebihi 400 bilion peso (AS$375 juta). – REUTERS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search