PM arah Nadma kukuhkan penyelarasan bantuan banjir di Sabah, Sarawak
- Admin UKK
- Berita
SHAH ALAM - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) diminta untuk memperkukuhkan penyelarasan bantuan kepada mangsa banjir yang kini melanda Sabah dan Sarawak.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, seluruh kekuatan jentera termasuk kerjasama erat antara agensi persekutuan dan negeri perlu digerakkan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan berkesan.
“Kerjasama antara Nadma dengan kerajaan negeri ini adalah untuk memudahkan penyaluran bantuan berkenaan kepada ketua isi rumah mangsa banjir,” katanya pada Isnin.
Setakat ini, beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak masih mengalami banjir dengan jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat.
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sabah meningkat kepada 4,122 orang daripada 1,357 keluarga setakat 8 pagi Isnin berbanding 3,579 orang daripada 1,203 keluarga semalam.