PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Jambatan gantung Sungai Balar putus akibat banjir, 400 penduduk terputus hubungan

Jambatan gantung Sungai Balar putus akibat banjir, 400 penduduk terputus hubungan

GUA MUSANG: Hampir 400 penduduk dari tiga kampung di Pos Balar, dekat sini terputus hubungan apabila jambatan gantung besi Sungai Balar yang menghubungkan kampung itu terputus akibat banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Balar, Hanan Anjang berkata tiga kampung terbabit adalah Kampung Barung, Kampung Ipes dan Kampung Tidag.

Katanya, akibat jambatan terputus, penduduk Orang Asli yang tinggal di kawasan terbabit tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah pagi ini.

"Menurut apa yang diceritakan penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Balar, air mula melimpahi jambatan kira-kira jam 2 pagi tadi dan pagi ini kami lihat jambatan sudah runtuh.

"Jambatan terbabit terputus kerana paras air tinggi dan deras susulan hujan berterusan sejak petang semalam. Sehingga kini cuaca di kawasan pedalaman masih hujan.

"Hampir 400 penduduk yang tinggal di kawasan tiga kampung itu kini terputus hubungan dan tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Balar," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Hanan berkata banjir pagi tadi lebih buruk daripada 2014 dan penduduk kini sentiasa berjaga-jaga sekiranya air semakin naik.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JAKOA Kelantan dan Terengganu, Roslina Bun berkata, pihaknya sudah menerima aduan berkaitan kejadian terbabit dan akan membuat siasatan tentang kerosakan berlaku sebelum memohon bajet untuk membina jambatan baharu.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search